Connect with us

Resepi

Rempeyek Bilis Kacang Hijau Rangup dan Halus

Published

on

Resipi rempeyek ni paling mudah nak buat. Tak perlu kisar bahan, tak perlu santan, kos bajet. Memang mudah, tak perlu guna acuan buat rempeyek pun. Sekali suap susah nak stop makan!

Bahan-Bahan:

  • 1 Bungkus tepung beras (500gm)
  • 1 sudu besar Jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 3 biji telur
  • 20 helai daun limau purut dimayang halus
  • 2 sudu besar Ikan bilis
  • Serbuk pati ayam, Garam dan aji secukup rasa
  • 3 sudu besar air kapur sirih
  • 5-6 sudu besar kacang hijau yang telah direndam hingga kembang (rendam lebih kurang 1 hari. Kalau nak masak esok, malam tu boleh rendam dulu kacang hijau)
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis – yang ni jangan campur dalam adunan

Cara Membuat:

Satukan semua bahan dalam satu bekas besar kecuali 1 mangkuk bilis dan masuk air sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Adunan mesti cair.

Cara Goreng:

Minyak mesti banyak. Jirus minyak panas tepi kuali dan tuang perlahan-lahan adunan ditepi kuali. Letak ikan bilis atas adunan, siram minyak 2 hingga 3 kali atas adunan dan kikis adunan dengan segera sehingga masuk ke dalam minyak. Goreng hingga perang atau masak. Siap.

Sumber: Aisyah Humaira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending