Connect with us

Tips Dan Petua

Jom Cuba Resipi Pesto Pasta Yang Pasti Memikat Selera, Rasa Unik Lain Dari Lain!

Published

on

Jom Cuba Resipi Pesto Pasta Yang Pasti Memikat Selera, Rasa Unik Lain Dari Lain!

Pesto pasta merupakan hidangan pasta yang dicampur dengan sos pesto. Sos pesto pula adalah sos hijau yang merupakan campuran daun basil, bawang putih, kacang gajus, keju parmesan, garam, lada hitam dan minyak zaitun yang dikisar halus.

Jika tidak mahu gunakan bahan sayuran hijau yang segar, boleh sahaja gunakan sos segera yang ada dijual di pasar raya. Untuk jenis pasta pula, anda boleh menggunakan apa jua jenis pasta yang disukai seperti spiral, penne, macaroni atau fettucini.

Oleh itu, kalau dah bosan asyik masak spageti bolognese atau spageti carbonara, kali ini apa kata kita tukar selera dengan mencuba pesto pasta. Ikuti saja resipi perkongsian oleh Nurha Muhammad di bawah.

RESIPI PES PESTO PASTA

Bahan-bahan:

  • 2 cawan daun basil @ selasih
  • 6 biji bawang putih
  • 1/2 cawan kacang gajus
  • 1/4 cawan keju parmesan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 150ml @ 10 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam food processor atau blender kering. Kisar semua bahan sehingga halus, tak perlu tambah air.

2. Kemudian simpan di dalam bekas dan ketepikan seketika.

CARA PENYEDIAAN PESTO PASTA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan pasta pilihan (Contoh: spiral, penne, macaroni, fettucini)
  • Olive oi
  • Bawang putih cincang
  • Isi ayam- perap dengan sedikit garam & blackpeper.
  • Capsicum
  • Tomato ceri
  • Carrot & brokoli (rebus terlebih dahulu, kemudian masukkan dalam bekas berisi air berais dan tos)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Daun basil segar (hiasan)
  • Parmesan cheese (hiasan)

Cara-cara:

1. Didihkan air, masukkan 1 sudu garam dan rebus pasta sehingga lembut. Bila dah lembut, toskan. (tempoh masa lihat pada peket pasta)

2. Dalam kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga sedikit garing.

3. Kemudian, masukkan capsicum, tomato ceri, brokoli, carrot dan sedikit air rebusan pasta.

4. Seterusnya, masukkan pula pes pesto dan kacau rata. Perasakan dengan sedikit garam dan blackpeper.

5. Akhir sekali, masukkan pasta dan kacau hingga sebati.

6. Hidangkan bersama daun basil segar dan parmesan cheese. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

Kredit: Nurha Muhammad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending