Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Boko Ubi Kayu, Kuih Lama Yang Masih Dicari!

Published

on

Cara Buat Boko Ubi Kayu, Kuih Lama Yang Masih Dicari!

Entri kali ini kami akan kongsikan satu resepi boko ubi kayu yang terkenal di negeri Kelantan. Bahan utama juadah ini adalah parutan kelapa dan gula merah.

Rasanya sangat lembut, manis dan wangi kerana adanya daun pandan yang akan disimpul. Bila makan, memang ralit tak ingat dunia!

Jom baca resipi boko ubi kayu yang dikongsikan oleh Puan Habsah Ngah yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook.

RESEPI BOKO UBI KAYU

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 3 cawan ubi kayu, diparut dan diblend bersama 1 cawan air (toskan airnya, tak perlu tekan)
  • 1 cawan kelapa parut, diblend dengan 1 cawan air
  • Sedikit garam

Lapisan Atas:

  • 2 kotak santan (200ml setiap satu)
  • Tambah air biasa 6 cawan
  • 8 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam (membukit)

Cara Penyediaan:

Penyediaan Lapisan Bawah:

1. Satukan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan dalam periuk.

2. Masak hingga gula larut sepenuhnya.

3. Blend ubi kayu parut bersama 1 cawan air dan toskan airnya.

4. Masukkan ubi kayu yang telah diparut ke dalam air gula tadi.

5. Blend kelapa parut dengan 1 cawan air dan masukkan ke dalam air gula juga.

6. Tambahkan sedikit garam.

7. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga adunan sedikit pekat.

8. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga masak (bergantung pada saiz acuan).

Penyediaan Lapisan Atas:

1. Satukan santan, air biasa, tepung beras, dan garam dalam periuk.

2. Kacau rata sebelum membuka api.

3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga berkilat dan pekat.

4. Setelah lapisan bawah masak dan sedikit sejuk, tuangkan adunan lapisan atas ke atasnya.

5. Setelah suam, tutup acuan dan simpan dalam peti sejuk.

6. Hidangkan sejuk-sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Selamat mencuba!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu. Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah, Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru!

Published

on

Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu. Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah, Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru!

Pokok limau kasturi ini memang banyak kegunaannya, baik untuk masakan atau minuman. Jadi elok sangat kalau tanam, paling tidak sepokok di rumah.

Cara nak tanam pun senang, guna keratan batang dan boleh tanam dalam pasu saja. Boleh ikut step by step semai keratan batang limau kasturi yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini.

Cara Semai Keratan Pokok Limau Kasturi

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua.

2. Potong dan buang pucuk/daun/duri. Tinggalkan 2-3 helai daun sahaja, potong separuh daun-daun tersebut.

3. Cucuk ke dalam tanah yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Padatkan tanah di sekeliling keratan supaya tak bergoyang. Boleh juga guna penggalak akar lagi cepat berakar nanti.

4. Sungkup menggunakan plastik dan bahan seumpamanya. Saya guna cawan plastik atas bawah.

Letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar. Siram sikit-sikit jika tanah nampak kering. Waktu sirum kena buka sungkup kemudian tutup balik

5. Pindah ke bekas lebih besar bola anak pokok dah stabil. Ini anak pokok umur 3 bulan lebih hasil semai keratan.

Nampak tak ada 2 daun yg dipotong separuh masa semai sebelum ini masih wujud & sihat daunnya. Boleh potong pucuk bagi dia bercabang banyak. Ajar pokok dari kecik baru lah nanti pokok jadi rendang.

Ini pokok limau yang baru 3 bulan lebih pindah dalam pasu. Sebelum ni dalam polibeg 16×16 saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Pyan Sempoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending