Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah. Kena Guna Rempah Ini Baru Gulainya Sedap!

Published

on

Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah. Kena Guna Rempah Ini Baru Gulainya Sedap!

Nasi dagang memang ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat. Nampak macam susah saja nak tapi kalau ikut resipi Mozairina Mohd ini cara membuatnya taklah sukar.

Bahan memang nampak macam banyak tapi langkah untuk membuatnya ringkas saja. Bahan pun sebenarnya dah ada di dapur kita.

Katanya ini resipi ini dari ibunya yang berasal dari Dungun Terengganu dan ia versi paling mudah untuk dibuat. Menurut Mozairina, untuk buat nasi dagang ini yang penting adalah gulainya. Kena guna rempah dari Terengganu, barulah rasa nasi dagang yang ori.

Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah

TIP

  • Gunakan rempah cap Bunga Rose untuk buat gulai, rempah dari Terengganu boleh beli di Shopee
  • Gulai ikan ini boleh juga di makan dengan nasi kuning, pulut kuning atau cicah roti.
  • Nak pastikan nasi dagang ini sedap kenalah 2-3 kali cuba. Jangan putus asa, buat sampai jadi kena dengan selera.
  • Resipi ini untuk 10 orang makan

Cara buat gulai ikan tongkol

Bahan untuk ikan:

  • 1 ekor ikan tongkol aya kurik- Kukus – letak 4 asam keping, garam.
  • Gula melaka- 2 kerek kecik
  • Cuka – untuk pejalkan ikan

Bahan lain:

  • Bawang merah yg besar 8 biji- blend
  • Bawang putih 4 ulas -blend
  • Lengkuas – 2,3 hiris – blend
  • Kunyit – 2,3 hiris – blend
  • Halia -1 ibu jari – blend
  • Cili kering yang siap dikisar -10 sudu besar ( lagi banyak lagi merah kuahnya)
  • Rempah kasar – kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang.
  • Rempah gulai cap Bunga Rose – 4 sudu besar
  • Kerisik – 11/2 besar
  • Santan pekat – 2 cawan
  • Air ikan
  • Cili padi hijau(ikut suka nak letak berapa)
  • Nissan/gula melaka 2 kerek kecik

Cara membuat

  1. Tumis rempah kasar.
  2. Tumis cili kering sampai pecah minyak
  3. Tumis bahan 1-5 (yang diblend sekali gus) sampai pecah minyak.
  4. Letak rempah bunga rose bersama kerisik sampai pecah minyak. Letak nissan/gula melaka.
  5. Letak air ikan yang dikukus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan tadi.
  6. Letak santan sampai kuah menggelegak.
  7. Masukkan ikan
  8. Masukkan cili api hijau.

TIP: Kalau ada belimbing buluh, letak belimbing buluh lagi sedap.

Cara buat acar

  • Timun sebelah – potong memanjang
  • Carrot sebelah. – potong memanjang
  • Cili merah sebiji -hiris
  • Bawang merah sebiji. – hiris

Gaulkan semua bahan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa

Cara buat nasi dagang

Langkah 1

  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 cawan beras pulut – cuci dan direndam 1 malam, tos dan kukus 20 minit.

Langkah 2

  • Angkat beras yang dikukus tadi.
  • Masukkan 3 cawan santan cair (1 cawan pekat, tambah air 2 cawan untuk jadikan santan air).
  • Masukkan garam 2 sudu kecil , gula 2 sudu sebatikan dalam santan cair tadi. Arungkan biar rata dan kukus semula selama 20 minit.

Langkah 3

  • Angkat beras yang dikukus tadi.
  • Masukkan 11/2 cawan santan pekat
  • Masukkan1 sudu kecil garam
  • Masukkan 1 sudu kecil gula
  • Masukkan bawang merah 3 ulas dihiris
  • Masukkan Halia 2 inci dihiris
  • Masukkan Halba 1 sudu kecil.

Langkah 3 ini terpulang nak kukus lagi atau tidak. Kalau nak tahan lama boleh kukus lagi 20 minit. Kalau nak terus makan, tak perlu kukus lagi.

Nasi dah cantik dan sedap dah secukup rasa. Makan nasi sahaja tanpa kuah pun dah sedap.

Tip : kalau nak wangi, letak beberapa helai daun pandan dalam kukusan.

Siap! Nak lagi feel bungkus nasi dagang dalam daun pisang

Selamat mencuba!

Sumber : Mozairina Mohd

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending