Connect with us

Tips Dan Petua

[Video] Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta, 3 Perkara Ini Boleh Terjadi

Published

on

[Video] Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta, 3 Perkara Ini Boleh Terjadi

Kebanyakan kereta moden zaman sekarang telah dilengkapi dengan lubang pengecasan USB atau Type-C bagi membolehkan pemandu atau penumpang pengecas peranti mereka.

Bagi kenderaan yang tidak didatangkan dengan ciri-ciri itu terutamanya kereta lama, mereka boleh menggunakan ‘pots car charger’ yang dicucuk ke lubang soket pencucuh rokok.

Pun begitu, timbul pula persoalan sama ada ia akan memberi kesan terhadap kereta mahupun bateri sekiranya digunakan untuk janga waktu yang terlalu lama atau terlalu kerap.

Lelaki Kongsi Kesan Jika Kerap Cas Telefon Dalam Kereta

Susulan itu, seorang lelaki yang juga mekanik di salah sebuah pusat servis kenderaan di Saujana Utama, Sungai Buloh berkongsi risiko yang boleh terjadi sekiranya sering mengecas peranti menggunakan pot pengecas kereta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @altimatsaujana, lelaki terbabit menyenaraikan tiga kesan yang mungkin boleh terjadi disebabkan perkara itu.

Pertama: Bateri kereta tak tahan lama, cepat ‘kong’

Menurutnya, kesan pertama yang boleh terjadi sekiranya sering menggunakan pot pengecas kereta untuk mengecas peranti adalah jangka hayat bateri kenderaan tidak bertahan lama.

Jelas lelaki itu, risiko terbabit boleh berlaku sekiranya pemandu atau penumpang mengecas peranti tanpa menghidupkan enjin kereta.

“Bila kereta korang tak hidup, bateri kereta korang tidak akan ada cas, jadi daripada charger korang dia akan tarik bateri, maka lama-lama bateri akan lemah dan kong,” katanya.

Kedua: Soket pencucuh rokok boleh rosak

Menurutnya lagi, soket pencucuh rokok mudah longgar dan rosak juga adalah risiko kedua yang boleh terjadi sekiranya pot pengecas kereta sering dipasang dan dicabut.

“Bila (soket pencucuk rokok) dah longgar, ia tak dapat nak hantar elektrik kepada telefon korang ataupun kepada korang punya apa-apa eksesori yang

“Bila (soket pencucuk rokok) dah longgar, ia tak dapat nak hantar elektrik kepada telefon atau apa-apa aksesori yang korang guna dekat pot pengecas kereta,” katanya.

Susulan itu, dia menasihati orang ramai agar elakkan daripada berlakunya perkara itu kerana ia pasti akan menelan belanja untuk memperbaikinya sekiranya sudah rosak.

Ketiga: Telefon cepat panas

Kongsi lelaki itu lagi, kesan yang terakhir jika sering mengecas telefon menggunakan pot pengecas kereta adalah telefon menjadi mudah atau cepat panas.

Ujarnya, telefon yang sering kali panas atau mudah panas sekiranya dicas akan menyebabkan peranti itu rosak.

Nasihatnya, mengecas peranti di dalam kereta bukanlah dilarang sama sekali, sebaiknya cas telefon hanya bila perlu sahaja dan bukannya setiap kali memasuki kenderaan meskipun bateri banyak lagi.

Semoga Manfaat!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber :  buzzkini.com Via TikTok @altimatsaujana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Tanam Pokok Kesum Supaya Cepat Subur, Rimbun & Tak Pernah Putus Hasil

Published

on

Rahsia Tanam Pokok Kesum Supaya Cepat Subur, Rimbun & Tak Pernah Putus Hasil

Pokok kesum antara tanaman herba yang sangat mudah digunakan dalam masakan harian, tetapi menariknya tidak semua orang berjaya menanamnya dengan baik. Ada yang cepat hidup, ada juga yang terus layu tanpa sebab yang jelas.

Sebenarnya, kesum bukanlah tanaman yang cerewet. Cuma ia memerlukan keadaan yang betul supaya boleh hidup subur dan terus membiak dengan baik di rumah.

Perkongsian ini diolah daripada pengalaman :contentReference[oaicite:0]{index=0} yang berjaya memastikan pokok kesum tumbuh rimbun dan boleh dituai secara berterusan.

Fakta Penting Tentang Pokok Kesum

Ramai tidak tahu bahawa kesum mempunyai karakter berbeza bergantung kepada jenisnya. Ini mempengaruhi cara ia tumbuh dan di mana ia paling sesuai ditanam.

  • Kesum jenis kecil: lebih sesuai di kawasan berair dan mudah membiak
  • Kesum jenis besar: lebih sesuai di tanah biasa dan menghasilkan daun lebih lebar

Lokasi Paling Sesuai Untuk Kesum

Kunci utama kejayaan menanam kesum ialah kelembapan. Ia sangat suka kawasan yang tidak kering.

  • Tepi longkang atau kawasan air mengalir
  • Bawah cucur atap yang menerima air hujan
  • Tanah yang sentiasa lembap tetapi tidak bertakung

Jika tidak pasti, gali sedikit tanah. Jika terasa lembap walaupun tidak disiram, itu petanda lokasi tersebut sesuai.

Cara Tanam Kesum Supaya Mudah Hidup

1. Pilih Keratan Yang Sesuai

Gunakan keratan batang yang sudah matang sedikit kerana lebih tahan dan cepat mengeluarkan akar.

2. Tanam Lebih Dari Satu Keratan

Letakkan 3 hingga 4 batang dalam satu lubang untuk meningkatkan kadar hidup dan menjadikan pokok lebih cepat rimbun.

3. Jaga Siraman Air

Siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Jika hujan, tidak perlu siraman tambahan. Pastikan tanah tidak kering.

4. Jangan Terburu-Buru Buang Keratan

Ada keratan yang nampak tidak hidup pada awalnya, tetapi masih berpotensi untuk tumbuh selepas beberapa hari.

Teknik Jadikan Kesum Lebih Rimbun

Selepas pokok mula membesar, teknik pemangkasan sangat penting untuk merangsang pertumbuhan pucuk baru.

  • Potong bahagian atas secara berkala
  • Lakukan pemangkasan kecil setiap minggu
  • Elakkan potong semua bahagian sekali gus

Semakin kerap dipangkas, semakin banyak cabang baru akan tumbuh dan menjadikan pokok lebih lebat.

Kenapa Kesum Wajib Dipangkas

Jika dibiarkan tanpa dipotong, pokok kesum akan menjadi tinggi, mudah rebah dan akhirnya menjadi tidak produktif. Daun lama juga akan kering dan menjejaskan pertumbuhan.

Pemangkasan membantu memastikan pokok sentiasa aktif dan menghasilkan daun baru secara berterusan.

Kesimpulan

Menanam kesum sebenarnya sangat mudah jika teknik asas dipatuhi. Yang penting ialah memilih lokasi yang lembap, menanam lebih dari satu keratan, menjaga siraman dan melakukan pemangkasan secara konsisten.

Dengan penjagaan yang betul, pokok kesum boleh menjadi sangat subur, rimbun dan sentiasa ada hasil untuk kegunaan dapur setiap hari.

Continue Reading
Advertisement

Trending