Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa

Published

on

Cara Mudah Buat Sate Goreng Versi Masakan Jawa

Pernah tak cuba Sate Goreng? Jika belum pernah, memang korang kena cuba. Mudah, sedap dan membuka selera.

Sama enaknya seperti sate yang dibakar dengan arang cuma versi ini hanya perlu masak dalam kuali sahaja.

Hendak pula nak dekat Raya Haji ini, mesti terfikir nak buat menu daging apa untuk disimpan dalam tempoh lama. Resipi ini sesuai untuk itu. Sesuai dinikmati bersama nasi imput, ketupat dan juga lemang. Nais!

Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa

Bahan-bahan:

  • 1kg daging
  • 5 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam
  • Ajinomoto

Bahan untuk dikisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 genggam biji ketumbar
  • 1 genggam jintan putih

Cara-cara penyediaannya:

1. Keluarkan daging btg pinang 3 jam setengah lebih awal dri freezer. Utk memudah kan proses pemotongan. Potong nipis. Note! Daging xleh kena air ye

2. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan. Masuk dlm besen beso. Senang nak gaul

3. Masuk kan gula suku dari sepaket gula. Proses gaul gula ade 3 step. Sebab nak.keluarkan segala air dlm daging. Step pertama, dah tuang gula suku, gaul sebati. Jgn guna tangan ye. Guna senduk. Biar daging seketika selama 2 jam tanpa diganggu hingga air daging keluo. Letak kat memana takpyh dlm freezer.

4. Air dah keluo tu. So korang buang air dia. Settle step pertama. Step.kedua sama jek mcm step pertama. Tuang gula separuh dari sepaket gula. Lebihan gula utk step.ke 3 ye. Kiranya, step ke dua dan ke tiga ni sama jek, tuang gula, gaul, bio kan 2 jam, buang air.

5. Haaa. Settle step ke 3. Masa utk merempah

6. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.

7. Masukkan semua rempah yang dah dibagi kat atas tu. Gaul sebati. Jangan guna tanggn gaulnya. Guna senduk.

5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.

6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.

7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.

8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.

Selamat mencuba!

Sumber : Wana Zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Tanam Pak Choy Di Rumah, Teknik Potong Betul Boleh Tuai Hingga 6 Kali

Published

on

Tip Tanam Pak Choy Di Rumah, Teknik Potong Betul Boleh Tuai Hingga 6 Kali

Bagi penggemar aktiviti berkebun di rumah, pak choy merupakan antara sayuran yang menarik untuk ditanam sendiri. Selain sawi, bayam, kangkung dan pelbagai jenis herba, sayuran ini juga sesuai dijadikan tanaman untuk memenuhi keperluan dapur harian.

Salah satu kelebihan menanam pak choy ialah tempoh pertumbuhannya yang agak singkat. Dalam masa lebih kurang sebulan, sayur ini sudah boleh dituai dan dinikmati. Antaranya, anda boleh mengolah hasil tanaman menjadi hidangan pak choy masak sos tiram yang cukup menyelerakan.

Lebih menarik, pokok pak choy yang sama sebenarnya boleh menghasilkan tuaian berulang kali. Dengan menggunakan teknik pemotongan yang betul, hasilnya boleh dinikmati sehingga enam pusingan tanpa perlu menanam semula setiap kali selesai menuai.

Jika berminat untuk mencuba, ikuti panduan penanaman yang dikongsikan oleh Don Laught ini. Perhatikan setiap peringkat pertumbuhan serta cara memotong daun supaya pokok dapat terus mengeluarkan hasil.

Cara Tanam Pak Choy Dari Biji Benih Hingga Boleh Dituai

1. Semai Biji Benih Dari Hari Pertama Hingga Hari Ke-22

Langkah awal ialah menyediakan biji benih pak choy untuk proses percambahan. Taburkan biji benih di atas permukaan tanah, kemudian tutup menggunakan lapisan tanah yang nipis.

Elakkan menimbus biji benih terlalu dalam kerana ia perlu melalui proses percambahan sebelum anak pokok mula tumbuh.

Untuk penyediaan medium semaian, saya menggunakan tanah campuran jenis 8 in 1.

Bahan yang diperlukan:

  • Biji benih pak choy.
  • Tanah campuran 8 in 1.

Gunakan biji benih dalam jumlah yang mencukupi kerana bukan semua anak pokok semestinya mempunyai pertumbuhan dan keadaan daun yang sesuai untuk dipindahkan nanti.

2. Pindahkan Anak Pokok Ke Dalam Pasu Pada Hari Ke-22

Apabila biji benih sudah bercambah dan anak pokok mula membesar, tibalah masanya untuk memindahkannya ke dalam pasu. Proses ini dilakukan sekitar hari ke-22.

Pilih anak pokok yang mempunyai daun elok dan kelihatan sihat sahaja untuk dipindahkan. Sebab itulah lebih baik menyemai biji benih dalam jumlah yang banyak supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan ketika memilih anak pokok terbaik.

Waktu yang disarankan untuk melakukan pemindahan ialah pada sebelah petang, kira-kira pukul 6.00 petang. Ketika itu, keadaan cuaca biasanya sudah lebih redup dan tidak terlalu panas.

Selepas dipindahkan, letakkan pasu di kawasan yang terlindung daripada cahaya matahari terik buat sementara waktu. Anda juga boleh menggunakan jaring pelindung atau netting untuk melindungi anak pokok.

Langkah ini membantu anak pokok menyesuaikan diri selepas melalui proses pemindahan ke dalam pasu.

3. Dedahkan Pokok Kepada Cahaya Matahari Pada Hari Ke-24

Apabila memasuki hari ke-24, anak pokok pak choy boleh mula diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.

Sekiranya sebelum ini anda menggunakan netting, pelindung tersebut sudah boleh dibuka supaya pokok mendapat pendedahan cahaya matahari.

Satu perkara penting yang perlu diketahui, penggunaan tanah campuran 8 in 1 sebenarnya sudah membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tanaman pada peringkat ini.

Oleh itu, selepas anak pokok dipindahkan ke dalam pasu, anda tidak perlu menambah baja lagi kerana kandungan nutrien dalam medium tanaman tersebut sudah mencukupi.

4. Pak Choy Boleh Dituai Pada Hari Ke-35 Hingga Ke-40

Selepas melalui proses pertumbuhan, pokok pak choy biasanya sudah boleh mula dituai apabila mencapai usia sekitar 35 hingga 40 hari.

Jika mahu mendapatkan hasil berulang daripada pokok yang sama, anda boleh menggunakan teknik yang dikenali sebagai cut-and-come-again.

Kaedah ini membolehkan pokok terus hidup dan menghasilkan daun baharu selepas sebahagian daunnya dipotong. Dengan penjagaan yang sesuai, pokok yang sama boleh terus memberikan hasil untuk tempoh tambahan sekitar 2 hingga 3 minggu.

Menariknya, teknik ini pernah saya gunakan sehingga mencapai enam pusingan tuaian daripada pokok yang sama.

Teknik Cut-and-Come-Again Supaya Pak Choy Boleh Dituai Berkali-kali

Rahsia utama untuk mendapatkan hasil tuaian berulang adalah dengan tidak memotong keseluruhan bahagian daun pokok pak choy.

Ketika melakukan penuaian, pastikan anda meninggalkan sekurang-kurangnya satu atau dua helai daun pada setiap pokok. Daun yang masih ada ini penting supaya pokok dapat meneruskan pertumbuhan dan mengeluarkan daun baharu.

Jika semua daun dipotong sehingga tiada yang tinggal, pokok tidak dapat menggunakan teknik tuaian berulang seperti yang dikongsikan ini.

Walau bagaimanapun, kaedah cut-and-come-again lebih sesuai digunakan pada pokok yang mempunyai pertumbuhan subur dan bentuk yang cantik.

Sekiranya terdapat pokok yang pertumbuhannya kurang memuaskan atau mempunyai baka yang kurang elok, lebih baik cabut pokok tersebut. Selepas itu, gantikan dengan anak pokok baharu daripada semaian seterusnya.

Sebagai makluman, walaupun teknik ini boleh menghasilkan sehingga enam pusingan tuaian, batang sayur biasanya akan mula memanjang apabila memasuki pusingan tuaian berikutnya.

Tip Mengatasi Pak Choy Yang Lambat Membesar

Jika mendapati pokok pak choy tidak menunjukkan pertumbuhan yang baik atau mengambil masa terlalu lama untuk membesar, anda boleh memeriksa keadaan tanah yang digunakan.

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan memindahkan pokok ke medium tanah lain atau menggantikan tanah yang digunakan dengan tanah yang tidak kering.

Selain itu, tanah juga boleh digemburkan untuk membantu memperbaiki keadaannya.

Namun begitu, kerja menggemburkan tanah perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jangan terlalu kerap melakukannya dan pastikan peralatan yang digunakan tidak terkena atau mencederakan akar pokok.

Gemburkan tanah sekali-sekala sahaja apabila perlu supaya akar tanaman kekal dalam keadaan baik.

Kesimpulan

Menanam pak choy di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Dengan mengikuti jadual penanaman yang betul, sayuran ini boleh dituai dalam tempoh sekitar 35 hingga 40 hari selepas disemai.

Antara perkara penting yang perlu diikuti ialah menggunakan tanah campuran 8 in 1, memindahkan anak pokok pada hari ke-22, memberikan pendedahan cahaya matahari mulai hari ke-24 dan melakukan tuaian apabila pokok mencapai usia yang sesuai.

Jika mahu mendapatkan hasil lebih banyak, amalkan teknik cut-and-come-again dengan meninggalkan satu atau dua helai daun setiap kali memotong. Melalui kaedah ini, pokok pak choy yang subur berpotensi memberikan hasil sehingga enam pusingan tuaian.

Semoga panduan dan tip tanam pak choy ini dapat membantu anda menghasilkan sayuran sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Don Laught

Continue Reading
Advertisement

Trending