Connect with us

Tips Dan Petua

Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Published

on

Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Tentu ramai penggemar ikan bakar. Tapi nak masak ikan bakar ni kena pilih sambal yang betul-betul sedap.

Ada rahsia rupanya nak buat sambal ikan bakar yang sedap. Kalau tengah cari resepi sambal ikan bakar inilah salah satu resepi yang patut anda cuba.

Resepi sambal ikan bakar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Nur Haziqah. Huh! Nampak cukup menyelerakan. Yang penting jangan lupa air asam atau sambal belacan.

Resipi Sambal Ikan Bakar

Cuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!

Tekstur ikan tak kering bila dibakar. Kalau bakar terlalu lama isi ikan dah jadi tak sedap sebab lemak-lemak pun dah kering.

So, anda boleh bakar dalam 20 minit je macam tu untuk dapatkan tekstur ikan bakar yang lembab.

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan( apa-apa saja jenis ikan yang anda suka)*
  • Segenggam cili kering yang direndam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland size sederhana
  • 2 inch halia
  • 2 inch kunyit hidup
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan susu cair (kalau ada santan guna santan )
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Gula dan garam secukupnya

Cara membuat sambal ikan bakar:

1. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. blend sampai halus.

2. Lumur rata pada ikan.

3. Perap ikan selama 30 minit (lagi lama lagi sedap)

4. Kemudian, panaskan oven 200C selama 10 minit.

5. Bakar selama 15 minit api atas bawah.

6. Kemudian, tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit. Siap!

7. Jangan lupa hidang bersama air asam atau sambal belacan!

Siap untuk dihidang! Merecik! Ikan bakar ni sedap sangat dimakan panas-panas.

Nak ratah macam tu pun boleh. Kalau tak nak air asam jawa, boleh gunakan perahan air limau. Memang padu rasanya!

Selamat mencuba!

Sumber : Nur Haziqah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Racun Organik Guna Nasi: Cara Mudah Kawal Perosak & Suburkan Sayur Tanpa Bahan Kimia

Published

on

Dalam dunia berkebun moden, ramai mula beralih kepada kaedah semula jadi untuk menjaga tanaman. Selain lebih selamat, penggunaan bahan dapur juga jauh lebih jimat berbanding racun kimia di pasaran.

Salah satu teknik yang semakin mendapat perhatian ialah menghasilkan racun organik menggunakan nasi. Walaupun nampak ringkas, kaedah ini sebenarnya mampu membantu mengawal serangan perosak kecil pada tanaman sayur dan bunga.

Kaedah ini sering diamalkan oleh pekebun rumah kerana mudah dibuat, tidak memerlukan kos tinggi dan lebih selamat untuk tanaman yang ingin dimakan.

Kelebihan Racun Organik Berasaskan Nasi

Racun organik ini bukan sahaja berfungsi sebagai kawalan perosak, tetapi juga memberi sedikit manfaat tambahan kepada tanah dan tanaman.

  • Tiada penggunaan bahan kimia berbahaya
  • Lebih selamat untuk sayur yang dimakan
  • Membantu mengurangkan serangan ulat dan bena putih
  • Boleh digunakan pada pelbagai jenis tanaman
  • Murah dan menggunakan bahan dapur sahaja

Bahan Yang Diperlukan

Untuk menyediakan racun organik ini, anda hanya memerlukan bahan asas yang sangat mudah didapati di rumah.

  • 3 senduk nasi putih yang telah dimasak
  • Air cucian beras (air basuhan beras pertama)
  • 1 botol plastik bersaiz sederhana

Cara Sediakan Racun Organik Guna Nasi

Proses penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran khas.

1. Sediakan nasi

Ambil kira-kira 3 senduk nasi putih yang telah dimasak. Ramas sedikit supaya lebih mudah proses penapaian berlaku.

2. Masukkan dalam botol

Masukkan nasi yang telah diramas ke dalam botol plastik. Kemudian tambahkan air cucian beras pertama ke dalam botol tersebut.

Jangan isi botol terlalu penuh kerana campuran ini akan mengalami proses fermentasi dan menghasilkan gas.

3. Proses penapaian (fermentasi)

Tutup botol dengan rapat dan simpan di tempat yang teduh. Biarkan selama sekurang-kurangnya 7 hari untuk proses penapaian berlaku dengan sempurna.

4. Sedia untuk digunakan

Selepas seminggu, campuran ini sudah boleh digunakan terus tanpa perlu dicairkan lagi.

Cara Penggunaan Pada Pokok

Racun organik ini digunakan dengan cara semburan terus pada tanaman yang diserang perosak.

  • Sembur pada bahagian daun, terutama bawah daun
  • Fokus pada kawasan yang terdapat serangan serangga
  • Boleh digunakan setiap hari jika serangan serius

Untuk hasil lebih baik, semburan dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.

Jenis Perosak Yang Boleh Dikawal

Kaedah ini biasanya berkesan untuk serangga kecil yang sering menyerang tanaman rumah.

  • Bena putih
  • Ulat daun
  • Serangga kecil pada pucuk muda

Kelebihan Untuk Tanaman Sayur

Selain mengawal perosak, penggunaan racun organik ini juga memberi manfaat jangka panjang kepada tanaman.

  • Mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia
  • Menyokong pertumbuhan tanaman lebih sihat
  • Menjadikan hasil sayur lebih selamat dimakan

Tip Tambahan Untuk Hasil Lebih Berkesan

Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, beberapa amalan tambahan boleh dilakukan:

  • Goncang botol sebelum digunakan
  • Gunakan secara konsisten semasa serangan perosak
  • Elakkan semburan ketika cuaca terlalu panas terik

Kesimpulan

Racun organik menggunakan nasi merupakan salah satu alternatif mudah, murah dan mesra alam untuk menjaga tanaman di rumah. Dengan bahan asas dapur sahaja, anda boleh membantu mengawal serangan perosak tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia.

Kaedah ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berkebun secara lebih sihat, selamat dan berbaloi dalam jangka panjang.

Continue Reading
Advertisement

Trending