Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu!

Published

on

Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu!

Kebiasaannya bila buat roti, kita akan bakar menggunakan ketuhar kan? Jarang-jarang dengar resipi roti guna kaedah kukus.

Kalau guna teknik kukus ini, roti akan menjadi lebih lembut dan gebu. Memang sedap dimakan panas-panas.

Sesuai dijadikan hidangan menu petang ataupun buat sarapan untuk seisi keluarga. Jom lihat caranya di bawah.

Resipi Roti Guna Kaedah Kukus

Bahan-bahan:

  • 150g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Gula 1 sudu besar
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Gula dan butter yang dicairkan untuk topping

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. (memang tak pakai air, telur tu la cecair dia)

2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.

3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.

5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.

7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.

8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.

NOTA KAKI:

*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus.

*Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi.

*Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Pokok Buah Malas Berbuah? Cuba Teknik ‘Sunat Dahan’ Untuk Hasil Lebat Dalam 6 Bulan

Published

on

Pokok Buah Malas Berbuah? Cuba Teknik ‘Sunat Dahan’ Untuk Hasil Lebat Dalam 6 Bulan

Ramai pemilik kebun atau halaman rumah sering berdepan masalah pokok buah yang sihat tetapi tidak menghasilkan buah walaupun telah ditanam bertahun-tahun. Situasi ini boleh menyebabkan ramai hilang semangat untuk terus menjaga tanaman.

Sebenarnya, terdapat beberapa teknik dalam penjagaan pokok buah yang boleh membantu merangsang pengeluaran bunga dan buah dengan lebih cepat. Salah satu kaedah yang sering dikongsikan oleh penggemar tanaman ialah teknik sunat dahan.

Teknik ini telah digunakan pada pelbagai jenis pokok buah dan menunjukkan hasil yang menarik apabila pokok mula berbunga dengan lebih banyak selepas beberapa bulan.

Apa Itu Teknik Sunat Dahan?

Teknik sunat dahan merujuk kepada proses mengelar atau membuang sebahagian kecil kulit pada dahan atau batang pokok secara terkawal.

Tujuan utama teknik ini adalah untuk mengawal aliran nutrien dalam pokok supaya tenaga tidak hanya digunakan untuk pertumbuhan daun dan pucuk baru, tetapi lebih tertumpu kepada penghasilan bunga dan buah.

Dalam amalan pertanian, kaedah ini sering digunakan untuk membantu pokok yang lambat berbuah supaya memasuki fasa pembiakan dengan lebih cepat.

Pengalaman Menggunakan Teknik Sunat Dahan

Teknik ini pernah diaplikasikan pada pokok mangga epal India yang telah ditanam selama lapan tahun tetapi hanya menghasilkan buah dalam jumlah yang sangat sedikit.

Selepas semua dahan utama pokok dikelar secara terkawal, perubahan mula kelihatan dalam tempoh beberapa bulan. Pokok tersebut akhirnya mula berbunga dengan lebih lebat dan menunjukkan potensi hasil yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Cara Melakukan Teknik Sunat Dahan

1. Kelar Batang atau Dahan Pokok

Lakukan kelaran pada bahagian batang atau dahan utama dengan membuang sedikit lapisan kulit secara melingkar.

Keluasan kelaran biasanya sekitar 1.5 hingga 2 inci bergantung kepada saiz dahan.

Langkah ini membantu mengurangkan aliran nutrien berlebihan ke bahagian pucuk supaya pokok dapat memberi fokus kepada proses pembentukan bunga.

2. Buang Ranting Kecil dan Tidak Aktif

Pangkas ranting kecil, kering atau rosak yang tidak menunjukkan pertumbuhan aktif.

Ranting seperti ini tidak menyumbang kepada penghasilan buah dan hanya menggunakan tenaga pokok secara tidak optimum.

Dalam masa yang sama, kawalan perosak juga boleh dilakukan bagi mengelakkan serangga bersarang pada bahagian dahan yang rapat.

3. Lakukan Pada Semua Dahan Utama Jika Perlu

Jika mempunyai masa dan tenaga, teknik ini boleh dilakukan pada kebanyakan dahan utama pokok.

Walaupun kelihatan agresif, pokok masih mampu hidup kerana proses fotosintesis pada daun tetap berjalan seperti biasa untuk menghasilkan makanan.

Kenapa Teknik Ini Berkesan?

Teknik sunat dahan berfungsi dengan mengubah fokus pertumbuhan pokok daripada fasa vegetatif (daun dan pucuk) kepada fasa generatif iaitu pembentukan bunga dan buah.

Apabila aliran nutrien dikawal, pokok akan menerima isyarat untuk “berehat” daripada pertumbuhan daun yang terlalu aktif dan mula menghasilkan bunga sebagai sebahagian daripada kitaran pembiakannya.

Kaedah ini sering digunakan dalam bidang tanaman buah-buahan sebagai salah satu cara merangsang hasil pada pokok yang lambat berbuah, terutamanya pokok yang ditanam daripada biji benih.

Pokok Yang Sesuai Untuk Teknik Ini

  • Mangga
  • Jambu
  • Rambutan
  • Durian
  • Pokok buah berbatang keras lain

Perkara Penting Perlu Diberi Perhatian

Walaupun teknik ini boleh membantu merangsang pengeluaran buah, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada pokok.

  • Jangan buat kelaran terlalu dalam sehingga merosakkan struktur utama batang.
  • Elakkan melakukan pada pokok yang terlalu muda atau belum cukup matang.
  • Pastikan pokok berada dalam keadaan sihat sebelum teknik ini dilakukan.
  • Berikan baja dan penjagaan susulan yang mencukupi selepas proses dilakukan.

Kesimpulan

Teknik sunat dahan merupakan salah satu kaedah mudah yang boleh membantu merangsang pokok buah yang lambat berbuah untuk menghasilkan bunga dan buah dengan lebih cepat.

Walaupun tidak menjamin hasil yang sama untuk semua jenis pokok, teknik ini masih boleh menjadi alternatif bagi mereka yang ingin mencuba pendekatan berbeza dalam penjagaan tanaman buah-buahan.

Dengan pelaksanaan yang betul serta penjagaan berterusan, pokok berpotensi untuk kembali subur dan menghasilkan buah yang dinanti-nantikan.

Continue Reading
Advertisement

Trending