Connect with us

Tips Dan Petua

10 Tip Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan Anda

Published

on

10 Tip Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan Anda

Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, kami ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!

Memang agak susah nak sental jikalau periuk memang sudah terlajak hangus. Kadang-kadang kita sampai kena kikis dengan pisau pula . Sayang periuk tu, silap-silap kena buang. dah rugikan. Jangan risau mari kami kongsikan apa 10 Tip Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk.

1. Baking Soda atau Serbuk Penaik

Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh.

2. Cuka makanan dan Serbuk penaik

Caranya, ambil satu cawan cuka, dua sudu Serbuk penaik atau soda bikarbonat, air secukupnya dan juga span kasar atau besi kawat pencuci periuk. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan pula satu cawan cuka. Rebuskan campuran tadi dengan menggunakan periuk atau kuali yang hangus tadi.

Cuba perhatikan kesan hangus tadi akan mulai tertanggal. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

3. Gunakan Garam dan Limau

Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

4. Gunakan Krim Tartar

Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan. Lihatlah hasilnya. Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang tebal dan dalam.

5. Gunakan Garam

Caranya, didihkan garam bersama dengan periuk atau kuali yang hangus tadi. Apabila sudah mendidih kacau perlahan-lahan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan sama ada kerak tertanggal, teruskan kacau. Jika tidak, biarkan selama beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal itu sendiri.

6. Gunakan Tomato

Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan as1dnya lebih tinggi. Caranya, lenyyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.

7. Minuman berkarbonat atau bergas

Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat. Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.

8. Gunakan Cuka

Caranya, masukkan air secukupnya kedalam periuk atau kuali yang hangus. Kemudian masukkan pula secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau campuran sehingga kerak tersebut tanggal. Jika kesan kerak tersebut tidak terlalu serius, selalunya cara ini sudah boleh digunakan.

9. Gunakan Garam Kasar dan Minyak

Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal.

Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruh bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.

10. Gunakan Sabun Mandi

Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin untuk menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian.

Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.

Itulah antara tip menghilangkan kesan hangus pada periuk atau kuali. selamat mencuba.

Sumber: myinfomaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending