Connect with us

Ap Resepi

Tanpa Perap Boleh Terus Masak Resepi Ayam Goreng Berempah

Published

on

Istimewanya tentang Ayam Goreng Berempah  ini adalah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng.

Lauk ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Makan dengan nasi putih yang panas begitu saja pun sedap.

Mak-mak yang tak tahu nak buat lauk apa untuk makan tengah hari tapi nak masak dengan cepat, anda boleh cuba buat Ayam Goreng Berempah simple pada hari ini.

Jika anda nak resipi yang lebih ringkas, boleh cuba ikut seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook ini.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong 12 hingga 14)
  • 3 hingga 4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
  • 2 hingga 3 sudu makan chili flakes
  • 1 hingga 2 sudu makan tepung beras atau tepung jagung (pilih salah satu saja)
  • Serbuk kari daging (agak-agak)
  • Daun kari secukupnya
  • Kiub pati ayam atau garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 7-10 batang serai
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 2 sudu makan jintan manis (disangai terlebih dahulu)
  • 2 sudu makan jintan putih (disangai terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai terlebih dahulu)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam.

2. Gaul rata dan perap selama setengah jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.

3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar dan mula menggoreng ayam.

4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang!

Anak-anak cukup suka lauk Ayam Goreng Berempah simple sebegini. Semakin banyak serai, semakin sedap dan wangi tau.

Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending