Connect with us

Ap Resepi

Tanpa Ikan Resepi Laksa Tomyam Baru Tahu Sedap

Published

on

Laksa ini sedikit berbeza dari laksa biasa kerana tidak menggunakan ikan. Boleh dikatakan Resepi Laksa Tomyam jimat juga sebab modal yang diperlukan tidak mahal.

Bagi mereka yang merupakan ‘hantu laksa’, pasti semua jenis laksa sudah dicuba. Namun, pernahkah anda mencuba laksa tomyam. Kalau ada yang tanya-tanya apakah rasa laksa tomyam ini, mari kita cuba memasaknya di rumah menggunakan resipi di bawah.

RESEPI LAKSA TOMYAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 pek sosej
  • 3 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan pes cili
  • 3 batang serai (ketuk)
  • Cili api (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 5-6 helai daun limau purut
  • Santan secukupnya
  • Kiub tomyam

Cara memasak:

1. Tumis serai, daun limau purut dan cili api. Kacau sekejap dan masukkan pula pes tomyam dan pes cili. Kacau sebati dan masukkan sedikit air.

2. Kemudian, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih manja.

3. Apabila dah mendidih, masukkan sosej dan kacau perlahan. Didihkan lagi seketika.

4. Sedia untuk dimakan dengan laksa yang sudah direbus. Selamat mencuba!

Sumber: Shila VS Airin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending