Connect with us

Ap Resepi

Tak Perlu Peram Lama Resepi Appam Manis Cara Mudah Dan Sedap

Published

on

Doh yang diperam akan memberikan tekstur yang ringan dan berongga apabila dibakar. Proses peram itu sebenarnya yang memberikan rasa appam manis yang tersendiri.

Appam ini adalah sejenis pancake atau crepe yang diperbuat daripada doh yang diperam. Biasanya dibuat daripada campuran beras, kelapa parut, air dan yis, yang kemudiannya ditapai selama beberapa jam atau semalaman.

Untuk membuatnya, adunan dituangkan ke dalam kuali bulat khas yang dipanggil “appachatti” atau “pan appam.” Kuali ini mempunyai bahagian tengah yang lebih dalam dan bahagian tepi yang lebih nipis, jadi apabila adunan dituang, bahagian tengah akan menjadi lebih tebal manakala bahagian tepi akan menjadi lebih nipis.

Ikuti resepi penuh di bawah menerusi perkongsian dari Fidz ini.

CARA BUAT APPAM MANIS SIMPLE

Appam / apom lenggang / apom manis cara saya. Mudah dan cepat. Tak payah peram lama-lama. Kat kampung dulu appam ini sangat popular. Masa kecil, ada aci india jual letak dulang atas kepala dia. Lepas dia meninggal, susah dah nak cari appam ini. Lepas itu ada org jual di kawasan pasar pagi. Kalau balik kampung mesti cari.

Bahan-bahan A:

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Garam 1.5 sudu teh
  • Mauripan 2 sudu teh
  • Gula 1 cawan
  • (Gaul kering semua ini dalam satu mangkuk)

Bahan-bahan B:

  • Telur 3 biji
  • Santan sederhana pekat 2 cawan

Bahan C:

Nasi 1 cawan blend hancur dengan 2 1/4 cawan air

Cara-cara penyediaan appam manis:

1. Campur bahan B dan bahan C dalam bahan A yang telah digaul. Guna whisk, pukul manja-manja atau gaul sehingga sebati.

2. Biar / perap sejam / sejam setengah. Tutup mangkuj dengan tudung periuk atau wrapper.

3. Lepas sejam, kacau adunan yang dah diperap. Letak sesenduk dlm kuali kecil yang sudah disapu minyak (minyak jangan sampai berlinang).

4. Lenggang membulat and tinggal sedikit di tengah kuali. Tutup kuali denngan tudung periuk.

5. Api perlahan. Biar dalam kira-kira 5 minit. Bila keliling sudah garing, boleh angkat. Bancuhan ini boleh dapat anggaran dalam 28 keping.

6. Untuk kuah santan: Masak atas api perlahan 150ml santan pekat / sederhana pekat + 3 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam (ini boleh adjust sendiri). Dah naik asap, tutup api. Done. Masa hidangkan boleh tuang santan dibahagian tengah appam.

Selamat mencuba.

Sumber: Fidz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending