Connect with us

Tips Dan Petua

Tak Perlu Kukus Dan Tak Pakai Banyak Bahan Ini Resepi Tepung Pelita Yang Mudah

Published

on

Tak Perlu Kukus Dan Tak Pakai Banyak Bahan Ini Resepi Tepung Pelita Yang Mudah

Kuih tepung pelita merupakan kuih tradisional yang akan menjadi rebutan orang ramai setiap kali menjelang Ramadhan. Resepi ni mudah je. Tak perlu guna pengukus. Tapi sedap dan wangi sebab pakai daun pandan. Yang penting tangan kena sado.

Caranya memang cukup senang. Tak payah kukus dan tak pakai banyak bahan pun.

Jom tengok resepi tepung pelita yang dikongsikan oleh Wan Nurul Hidayah ni. Gerenti semua orang boleh buat!

RESEPI TEPUNG PELITA PALING SIMPLE & SEDAP

ARTIKEL LAIN : Tak Perlu Kukus Wanita Ini Kongsi Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur Sedap Tak Hanyir

Saya excited bangun pagi ni sebab nak rasa tepung pelita yang dah sejuk menggigil dalam peti ais semalaman. Alhamdulillah menjadi, sedap macam yang dijual di bazar.

Saya paling suka bahagian hijau tu, manisnya thorbaikkk!

Di sini saya kongsikan resepi yang dah diubah sedikit, iaitu versi tak perlu kukus dan tak perlu daun pandan.

Guna apa yang ada di rumah saja supaya lebij ramai boleh cuba.

Bahan-Bahan Dan Caranya

Untuk bahagian hijau

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar pewarna hijau epal

Untuk Bahagian Putih

  • 4/5 sb tepung beras
  • 200-250 ml santan kotak
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

1. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Mula-mula satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk. Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat.

Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul. Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah.

Jumlah masa nak buat ni lebih kurang 1/2 jam sahaja.

2. TUANG DALAM BEKAS

Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil.

3. MASAK BAHAGIAN PUTIH

Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas.

Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meIetvp.

4. TUANG ATAS BAHAGIAN HIJAU

Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau.

Tuang panas-panas ya.

TIPS TAMBAHAN:

Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hncur. Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau.

Jadi lagi sedap bila gula tu cair bila adunan bahaguan hijau yang panas diletak.

HASILNYA SEBIJIK MACAM BELI DEKAT BAZAR

Haa, simple je resepi tepung pelita ni kan?

Kejap je dah siap. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

So apa lagi, jom belajar buat kuih tepung pelita sendiri. Serius jimat bila buat sendiri. Kalau ada daun pandan dan daun pisang tu bolehlah guna bagi lagi sedap aromanya.

Tapi yang ni saya share resepi yang paling senang ikut bahan yang ada di rumah saja.

Insha Allah mudah dan menjadi, semua orang boleh buat!

Selamat mencuba!

Sumber : Wan Nurul Hidayah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending