Connect with us

Tips Dan Petua

Tak Perlu Jaga Lama, Ini Cara Tanam Pokok Bendi Hasil Berbaloi

Published

on

Tak Perlu Jaga Lama, Ini Cara Tanam Pokok Bendi Banyak Cabang & Meriah Buah Hasil Berbaloi

Kacang bendi atau dipanggil juga Abelmoschus Esculentus dalam bahasa saintifik adalah sayuran buah yang lendir, tumbuhan yang berbatang menegak serta lembut serta berwarna hijau yang mempunyai begitu banyak cabang.

Cara tanam bendi sama ada hidroponik atau fertigasi memerlukan penjagaan yang rapi dari segi baja dan air agar tumbuhan tanaman kacang bendi ini hidup subur serta menghasilkan keuntungan dan pulangan yang berbaloi-baloi.

Cara untuk menanam bendi sama ada di dalam pasu, secara hidroponik, dalam polybag atau fertigasi, kaedahnya lebih kurang sama. Walau bagaimanapun, jika anda tanam dari biji benih di tanah yang subur, itu lebih baik.

Cara Menanam Pokok Bendi

ARTIKEL LAIN : Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik

Biji benih bendi boleh bercambah dalam jangka masa 4 sehingga 7 hari. Percambahan lebih mudah berlaku sekiranya ia ditanam pada tanah, dalam polybag atau pasu yang terdedah dengan sinaran matahari yang penuh.

Manakala dalam masa 2 minggu , anak benih bendi akan mempunyai 3 sehingga 4 helai daun. Setelah pokok bendi tinggi mencapai 4 atau 5 inci, anda perlu membuat proses pembajaan agar ia lebih subur. Ketinggian pokok bendi pula boleh mencecah sehingga 1 atau 2 meter.

Pembajaan

Cara membaja pokok bendi adalah dengan gemburkan tanah di sekitar pokok atau sekeliling dengan cara perlahan-lahan supaya tindakan menggembur tanah tidak terkena atau menjejaskan akar pokok tersebut.

Untuk baja pada permulaan, anda boleh guna baja serbaguna supaya dapat mengekalkan kesuburan tanah selain dengan cara ini juga dapat membekalkan nutrien yang amat baik untuk pertumbuhan pokok bendi.

Seterusnya, taburkan baja tersebut di sekeliling pokok serta ditimbuskan semua baja berkenaan dengan tanah gembur. Kemudian, siramkan sedikit dengan cara renjis atau semburan renjisan.

Penyiraman

Kacang bendi adalah tumbuhan yang amat mudah ditanam dan ia boleh disemai atau ditanam pada bila-bila saja tanpa mengikut musim. Penyemaian bendi adalah di tanah atau di dalam pasu yang tidak menyebabkan air bertakung.

Sekiranya ia diberikan air yang berlebihan pada tanah di mana bendi ditanam, pokok tersebut akan menjadi layu seterusnya m4 ti tanpa memberikan isyarat atau tanda-tanda.

Walau bagaimanapun, aktiviti penyiraman adalah digalakkan dengan siram pokok ini hanya sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman amat penting terutama ketika pokok di peringkat sedang mengeluarkan bunga dan juga membentukkan buah.

Pokok kacang bendi sebenarnya amat menyukai tanah yang mempunyai banyak nutrien, vitamin serta pengairan yang baik dan tidak terlalu banyak. Anda perlu memantau keadaan tanah pada setiap masa supaya tiada air yang bertakung atau tanah tidak keras.

Tips Penanaman Pokok Bendi

Cara tanam bendi adalah dengan menanam biji benih kacang bendi ini sebanyak satu biji atau dua biji di dalam setiap lubang dengan jarak antara satu sama lain sepanjang 4 kaki mengikut saiz di mana ia ditanam.

Tumbuhan ini juga boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah dengan mudah. Antara tanah tersebut adalah tanah gembur berpasir, tanah gambut, tanah liat dan juga tanah lembah sungai yang alirannya sangat baik.

Selain itu, pokok bendi amat sesuai ditanam di dalam pasu yang mempunyai tanah yang kaya dengan nutrien serta pasu tersebut tidak menakung air.

Untuk menanam bendi juga, lebih digalakkan guna media campuran iaitu tanah biasa dicampurkan dengan Peat Grow dan baja kerana ia akan tumbuh dengan subur serta menghasilkan kacang yang banyak jika diberikan perhatian yang penuh.

Untuk penyediaan tanah, anda digalakkan gemburkan tanah atau bajak terlebih dahulu serta membuat pengapuran sekiranya perlu dalam masa 2 minggu sebelum bendi di tanam. Kemudian, sediakan batas serta gaulkan tahi ayam reput bersama tanah baja organik.

Untuk mengekalkan kelembapan tanah supaya lebih subur, anda boleh membuat sungkupan daripada daun-daun kering, jerami padi serta plastik berwarna hitam untuk mengawal rumput rampai atau rumpai.

Kacang bendi akan boleh dituai setelah tempoh satu bulan setengah dengan cara memotong tangkai menggunakan pisau yang ta jam agar ia tidak menjejaskan pertumbuhan pokok dan jangka ha yat tumbuhan ini agak lama.

Pemangkasan

Selepas semua hasil dari pokok dipetik, ia perlu dipangkas sekurang-kurangnya setinggi 40cm sehingga 60 cm daripada paras tanah dengan tujuan untuk dapatkan hasil pada kali kedua.

Namun, selepas memangkas pokok, ia harus dibiarkan sekiranya ada beberapa tunas yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, selepas membuat pemangkasan, ia harus dibajakan seperti sebelumnya.

Kawalan Mu suh & Penyakit Pokok Bendi

Jika tanaman bendi anda telah diserang oleh ulat pengorek, serangga dan juga perosak dengan teruk sehingga menganggu pertumbuhan pokok dan buah bendi ini, anda boleh menggunakan ra cvn serangga disyorkan iaitu Diazinon.

Penyakit yang paling utama untuk tanaman bendi apabila adanya bintik-bintik pada daun tua serta kelihatan berjelaga dan tompok-tompok hitam yang merosakkan pokok.

Untuk mengawal penyakit ini, anda boleh menggunakan ra cun kulat Benomyl dengan cara semburan pada pokok. Walau bagaimanapun, cara untuk menggunakan ra cun haruslah mengikut arahan pada label dinyatakan pada botol tersebut.

Kesimpulan

Sebenarnya, cara nak tanam pokok bendi taklah susah sangat tapi kerajinan perlu ada selain daripada usaha. Jika anda seorang minat berkebun atau bercucuk tanam pasti penanaman bendi bukanlah satu masalah besar.

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Guna Teknik Cantas Pucuk Kalau Nak Pokok Cili Rimbun & Lebat Buah

Sumber : akakpesan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Published

on

Bahan ‘RAHSIA’ Nasi Tomato Klasik, Akhirnya Terbongkar!

Kalau sebut nasi tomato klasik mestilah gabungan yang padu bersama ayam masak merah. Nasi yang istimewa dihidangkan ketika majlis keramaian memang jarang dijumpai pada hari-hari biasa.

Resipi warisan dari Puan Masmira Idris yang diteruskan dari zaman dahulu dan katanya terdapat beberapa rahsia yang digunakan dalam resipi akan dibongkarkan dalam artikel hari ini.

Puan Masmira Idris juga menggunakan resipi ini untuk perniagaan penghantaran makanan dan katering mini. Jom kita tengok apa ‘rahsia’ dalam resipi nasi tomato ini.

RESEPI KLASIK NASI TOMATO

Bahan A:

  • 4 labu bawang besar (hiris halus)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • Separuh tapak tangan halia (hiris halus)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 2-3 batang kulit kayu manis
  • 6-7 biji cengkih
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)
  • 4-5 sudu besar butter/margerin
  • 1.5 cawan minyak masak

Bahan B:

  • 12 cawan beras basmathi (2kg)
  • Air rendaman nenas (ambil suku daripada sebiji nenas, sisa digunakan untuk acar/jelatah)
  • 1 tin tomato soup
  • 1 tin susu cair
  • 5-6 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula batu
  • 2 sudu besar garam kasar

Bahan C:

  • 1 tin kecil kacang peas
  • 10 biji bawang merah besar (hiris halus dan digoreng hingga kuning)
  • Segenggam kismis (digoreng sehingga kembang)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato soup dan biarkan mendidih.

3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula batu, dan garam kasar. Gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan air rendaman nenas mengikut sukatan yang disebutkan dalam tips penting.

5. Tambahkan beras basmathi yang telah disediakan dan masak sehingga nasi empuk dan beraroma.

6. Sementara itu, goreng bahan C sebagai hiasan untuk nasi tomato.

Tips Penting:

  • Untuk setiap cawan beras, gunakan 1.5 cawan air, termasuk air nenas, air biasa, susu cair, dan tomato soup.
  • 1 tin susu cair atau tomato soup bersamaan dengan 3 cawan cecair. Untuk menjelaskan, tapis isi tin susu cair dengan air untuk menghasilkan lebih banyak cecair.
  • Untuk 20 orang makan, gunakan 12 cawan beras bersamaan dengan 18 cawan cecair.
  • Jenis beras basmathi yang disarankan adalah Basmathi Rambutan Pusa King 1121 atau Basmathi King Jasmine.

Haaa, terbongkar sudah ‘rahsia’ nasi tomato ini.

Jangan lupa cuba!

Sumber: Masmira Idris

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending