Connect with us

Tips Dan Petua

Tak PerIu Rendam, SentaI’ Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya TanggaI Semua Kotoran & Wangi

Published

on

Tak PerIu Rendam, SentaI’ Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya TanggaI Semua Kotoran & Wangi

Kain lap dapur antara barang yang kotor dan banyak kuman di rumah. Maklumlah fungsi mengelap kotoran, tumpahan dan sisa masakan di dapur.

Kain ini pula ada yang dibiarkan berhari- hari tanpa dibasuh menyebabkan kotoran melekat dan ada bau masam yang sukar dihilangkan. Dah sental pun belum tentu hilang. Sebab itu untuk membasuh kain lap dapur ini kena guna betul caranya, barulah semua kotoran ini hilang.

Dikongsi oleh Ellie Haji Darus yang juga guru kelas masakan, ini cara mudah yang boleh kita dipraktikkan untuk mencuci kain lap dapur. Kaedah ini tak memerlukan kita merendam atau memberus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hilang. Senangkan

Cara cuci kain lap dapur

ARTIKEL LAIN : Cara Untuk Kilatkan Dapur Seperti Baru, Tabur Bahan Ini Dan Tuangkan Cuka

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!

Biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, buh sabun dan air… biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.

Ini cara Ellie cuci kain lap.

1. Sedia kan sebiji periuk (kalau boleh sediakan periuk khas jika basuh setiap hari, beli di kedai Eco pun bole).

2. Masukkan air dan sabun pencuci (sabun serbuk) kemudian tambah sedikit baking soda. Kacau supaya bahan larut.

3. Rebus air atau dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Selamat mencuba.

Boleh juga tonton video DIY Ellie seperti di bawah ;

ARTIKEL LAIN : Pakaian Putih Jadi Kuning Sebab Lama Simpan, Rendam Dengan Air Bancuhan Ini Untuk Putihkannya Kembali

Sumber : Instagram Ellie Haji Darus

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending