Connect with us

Resepi

Resepi Peria Goreng Telur Ikan Bilis Tak Pahit Dan Sedap

Published

on

Sayur ini peria dikatakan bagus dimakan oleh penghidap kencing manis dan juga dapat memberi khasiat untuk kecantikan kulit.

Namun begitu, ada juga yang kurang menggemari peria disebabkan oleh rasa pahitnya yang kuat. Jadi ini resepi tersebut serta petua untuk penghilangkan pahit sayur peria.

Cara menyediakan peria goreng telur ini cukup ringkas dan mudah. Menu ini merupakan masakan sayur yang menjadi kegemaran ramai, lebih lagi buat penggemar peria.

RESEPI PERIA GORENG TELUR

Tips hilangkan pahit peria:

  • Potong peria
  • Rendam seketika dengan air garam
  • Kemudian basuh semula dan sedia untuk dimasak.

Bahan-bahan:

  • 1 buah peria
  • ½ biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji telur ayam (digoreng hancur)
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 1 biji telur ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak menumis

Cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan ikan bilis dan tumis bawang putih dan bawang merah.

2. Apabila bawang sudah layu, masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan telur ayam dan hancurkan telur tersebut seperti membuat telur hancur.

4. Seterusnya, masukkan serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk kari.

5. Perasakan juga dengan serbuk perasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Sedap Tak Terkata Boleh Buat Sendiri Resepi Maggi Celup Kelantan

Published

on

Selain mi segera, boleh juga guna bihun atau kuetiau. Dinikmati dengan sup panas serta pelbagai lauk memang sedap dan mengenyangkan. Maggi celup memang cukup terkenal di Kelantan. Kalau ke restoran Kelantan atau Thailand, mesti ada menu ini di kedai makan.

Lagi best kalau makan waktu cuaca sejuk. Memang puas! Nak cuba? Afy Al Habibi ada kongsi resipinya di bawah.

RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN

A. Resipi Sup

1. Penuhkan air dalam periuk dan masukkan:

  • Daging buku besar (jangan hiris)
  • Tulang
  • 1 sup bunjut
  • Akar ketumbar

2. Setelah daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. Perasakan dengan secubit dua garam sahaja. (Sup perlu tawar supaya boleh tambah bahan-bahan lain semasa makan.)

3. Keluarkan isi sup tadi dan tambahkan:

  • 1 sudu kicap lemak manis
  • 1 sudu kicap pekat Jalen
  • 1 sudu sos ikan (Kuantiti bergantung pada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.)

4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa.

5. Teruskan mendidih sup dengan api perlahan.

B. Aneka Lauk

Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya dan diletakkan dalam bekas. (Isi ayam digoreng seketika untuk rasa lebih sedap.)

C. Aneka Mi dan Sayur

1. Penyediaan nasi air:

Masak beras hingga menjadi bubur nasi.

2. Celur mi / bihun / kueytiaw / maggi dalam air mendidih.

3. Celur kangkung yang telah dipotong, diikuti taugeh.

Jangan celur terlalu lama untuk kekalkan kerangupan. (Rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau dan rangup.)

D. Aneka Rencah Perasa

  • Gula
  • Garam halus
  • Kacang tanah tumbuk
  • Air lada
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng dadu (beli siap)
  • Lobak jeruk asin
  • Cili siam jeruk
  • Sos ikan
  • Perencah maggi
  • Serbuk chili flakes
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)

E. Cara Hidangan

1. Masukkan mi/kuetiauyang telah dicelup.

2. Sendukkan kuah sup panas berasap.

3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.

Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement

Trending