Connect with us

Tips Dan Petua

Senang Sangat Buat Mochi Rupanya. Terjamin Halal Dan Boleh Makan Sepuas Hati.

Published

on

Senang Sangat Buat Mochi Rupanya. Terjamin Halal Dan Boleh Makan Sepuas Hati.

Ramai penggemar Mochi di sini dan tahukah korang cara nak membuatnya cukup mudah. Bila buat sendiri, sudah pasti terjamin kebersihan dan status halal. Dan boleh makan sepuas hati

Terima kasih Tengku Maya atas perkongsian resepi.

Cara Buat Kuih Mochi

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Donut Bulat-Bulat Comel Tanpa Perlu Uli, Guna 2 Bahan Sahaja Tetap Elok!

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan Tepung pulut
  • 3/4 cawan Tepung pulut – sangai
  • Sedikit air atau sedikit santan
  • 3 sb Susu tepung
  • Secubit garam
  • 1 sudu 1/2 gula kastor

Cara-Cara :

1.Masukan tepung pulut, garam, gula dan susu. Kacau sebati.

2.Kemudian masukkan air atau santan dan kacau lagi sehingga sebati. Adunan akan pekat seperti susu pekat manis.

3.Kukus adunan dalam loyang selama 10 minit.

4.Sementara itu taburkan tepung yang disangai itu ke dalam talam.

5.Ambik adunan yang dikukus tadi dan letakkan atas tepung yang ditabur dan gelek.

6.Ambil acuan lompang dan letakkan adunan di atasnya supaya mudah untuk dipotong dan dibulatkan.

7.Masukkan inti dan terbalikkan dan bulatkan. Boleh letakkan inti kacang merah.

8.Jika melekat di tangan, tambahkan tepung yang disangai tadi untuk kurangkan mochi melekat.

Selamat mencuba!

Sumber : Tengku Maya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending