Connect with us

Umum

Sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat hidangan cendawan ber@cun. Cara kenal jenis cendawan tidak boleh dimakan

Published

on

Sekeluarga dikejarkan ke hospital akibat hidangan cendawan ber@cun. Cara kenal jenis cendawan tidak boleh dimakan

Jangan makan cendawan yang tidak diketahui spesiesnya secara sembarangan, anda sekeluarga mungkin akan dir@cuni dalam tempoh beberapa minit!

Kisah seorang lelaki memetik cendawan segar di tepi rumahnya untuk dimasak isterinya menjadi pengajaran. Akibatnya, mereka sekeluarga berasa loya, pening dan muntah-muntah selepas memakannya sehingga dikejarkan ke hospital.

Isterinya @mas.ita memuat naik video berdurasi 2:55 saat di TikTok yang merakam kisah suaminya telah memetik 10 cendawan putih dari tepi rumah, kerana menyangka ia cendawan busut (Termitomyces) atau cendawan parasol (Lepiota procera) yang boleh dimakan, lalu dia menggorengnya dan mereka memakannya.

Katanya apabila membuat kandungan TikTok itu, “Saya tengok cendawan itu gebu macam pau, lembut sangat.. Tetapi bahagian bawah cendawan ini berwarna hijau pucat dan ada bentuk cincin dekat bawah.”

Namun, dia terus mengoyakkan cendawan putih menjadi jalur kecil walaupun hati berasa ragu-ragu.

Ketika cendawan itu dibersihkan, kelihatan debu-debu spora yang terkeluar dan melekat di tangan @mas.ita.

Dia mula menumis bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau, kemudian memasukkan cendawan ke dalam periuk, dan mengacaunya dengan menambah air sehingga mendidih. Cendawan yang dihidangkan nampak baik sahaja untuk makan tengahari.

Selepas makan tengah hari, pasangan itu tiba-tiba berasa kurang sihat. Setelah membuat carian dalam talian, mereka mendapati cendawan yang mereka makan pada waktu tengah hari itu adalah cendawan beracun.

Disebabkan pasangan suami isteri ini sama-sama lemah dan tidak boleh memandu dengan suaminya muntah sehingga hampir pengsan, mereka segera menghubungi ambulans.

Video tersebut turut menunjukkan pasangan tersebut membawa anak-anak mereka menaiki ambulans. Suaminya lemah longlai di atas pengusung ambulans kerana terlalu banyak makan cendawan beracun tersebut.

Kata @mas.ita, walaupun dia dan anaknya hanya makan sedikit, mereka turut diracuni, lantas mengingatkan orang ramai supaya tidak memakan cendawan yang tidak dikenali spesiesnya dengan sembarangan.

Cendawan ber@cun yang dimakan oleh keluarga ini adalah spesies Chlorophyllum Molybdites, yang bentuknya serupa dengan cendawan payung putih atau cendawan busut yang boleh dimakan dan ramai yang sering keliru.

Ia amat berbahaya kerana dalam masa 1 hingga 3 jam selepas makan, akan berlaku rasa loya dan muntah-muntah, dengan gejala keracunan jenis gastroenteritis seperti sakit perut, najis berdarah, dan kekurangan air.

KLIK VIDEO DISINI

Menurut perkongsian Nazaria Fesbuk di Facebook Kumpulan Combat Survival Malaysia, terdapat beberapa cara untuk mengenali cendawan ber@cun.

  • Ada ring atau cincin pada batang cendawan.
  • Apabila kita garu-garu dengan kuku, bahagian atas cendawan bertukar warna secara ketara, contoh dari putih menjadi oren atau merah.

Jika warna jadi merah atau oren, terus basuh tangan.

  • Kita gali ke dalam tanah hingga ke pangkal cendawan tersebut.

Jenis yang ber@cun akan kelihatan seperti stokin atau sarung pada pangkal.

  • Hidu cendawan terlebih dahulu. Apabila kita beli cendawan di pasar-pasar, cubalah hidu baunya pasti berbeza dengan cendawan ber@cun.

Bau cendawan yang boleh dimakan agak menyenangkan dan tidak busuk manakala cendawan ber@cun baunya tenggit serta tidak menarik.

Tapi awas, jangan sedut terlampau kuat kerana dibimbangi spora beracun masuk ke saluran pernafasan.

  • Warna payung bahagian atas adalah terang.

Kebanyakan berwarna merah, oren, kuning tetapi terdapat juga cendawan yang berwarna cerah dan pucat mengandungi racun.

  • Tempat tumbuh cendawan. Kebiasaannya, cendawan yang tumbuh di atas tanah adalah jenis ber@cun kerana kawasan tersebut mungkin bekas tempat najis haiwan.
  • Cuba rebus cendawan tersebut terlebih dahulu jika masih ragu-ragu. Air rebusan cendawan yang ber@cun akan bertukar warna dengan agak drastik atau lebih pekat berbanding cendawan yang tidak ber4cun.

Manakala Public Health Malaysia terus memberi peringatan dengan berkongsi langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan anda termakan cendawan bera.cun.

  • Elak daripada memetik dan memakan cendawan yang tidak diketahui.
  • Ketahui reputasi dan penjual cendawan.
    Memasak cendawan dapat mengurangkan toksin cendawan, namun ia tidak dapat memusnahkan toksin 100 peratus.
  • Elak daripada memakan cendawan secara mentah.

Jadi, berhati-hati anda semua. Untuk senang cerita, jangan sesekali makan cendawan liar yang tumbuh di sekitar rumah jika kita berasa ragu-ragu dan tidak pasti.

Sumber: erabaru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Anak Gadis Sambung Belajar, Ayah Gigih Bangun Dari Kerusi Roda, Salam Dan Hulur Duit

Published

on

Anak Gadis Sambung Belajar, Ayah Gigih Bangun Dari Kerusi Roda, Salam Dan Hulur Duit

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Demikian ungkapan yang menggambarkan kasih sayang ibu kepada permata hati mereka.

bapa gigih bangun dari kerusi roda untuk bersalaman dan menghulur sedikit duit belanja buat anak gadis sambung belajar.

Bapa ikut hantar walau berkerusi roda

Perkongsian yang dibuat akaun TikT0k Ain Muslim sememangnya membuatkan ramai tersentuh sewaktu adiknya mahu bertolak ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi melanjutkan pelajaran.

Anak gadis sambung belajar, bapa gigih bangun dari kerusi roda

Dalam video berkenaan, gaids terbabit sempat bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang lain sebelum bergegas bertemu bapanya yang berada di kerusi roda.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah sewaktu bapa gadis berkenaan berusaha bangun dan menyeluk saku seluar bagi mengeluarkan dompet dan menghulurkan duit untuknya.

Momen berkenaan disambut dengan tangisan masing-masing sebelum mereka bersalaman dan gadis bekenaan menyium pipi bapa tersayang.

Dalam keadaan sukar bercakap bapa gadis tersebut menitipkan pesan supaya menggunakan duit yang diberi untuk berbelanja dan jika tidak cukup segeralah memberitahunya.

Ramai tak dapat tahan air mata

Perkongsian berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata ikut sebak melihat momen itu kerana faham bagaimana rasanya melepaskan anak gadis tinggal jauh dari keluarga.

Mereka juga mendoakan agar pelajar tersebut dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan membanggakan orang tua terutamanya ibu bapa.

Belajar rajin-rajin dik. Semoga ibu dan ayah dapat melihat kejayaan awak di masa hadapan. Selamat maju jaya.

Sumber: TikT0k ain_muslim10

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending