Connect with us

Ap Resepi

Sedap Dan Tahan Lama Resepi Serunding Ikan

Published

on

Serunding ikan merupakan sejenis masakan dibuat dengan rempah yang perlu dikacau tanpa henti sehingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan menjadi lebih tahan lama.

Pelbagai jenis serunding yang sering dibuat seperti serunding ayam, daging, ikan bilis, udang dan antara yang menjadi kesukaan ramai ialah Serunding Ikan yang sungguh sedap.

Serunding Ikan adalah sejenis makanan tradisional popular di Malaysia terutamanya di negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak bekalan ikan segar.

Achik Ekin telah kongsikan resepi Serunding Ikan sedap di Facebook yang cukup menarik untuk dibuat di rumah. Jom kita cuba!

RESEPI SERUNDING IKAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2kg bawang besar
  • 2kg bawang merah
  • 3 bag kecil bawang putih (anggaran dalam 17 labu)
  • Ketumbar (anggaran harga RM2)
  • 50 batang serai
  • Halia (saiz sebesar tapak tangan)
  • Lengkuas (saiz sebesar tapak tangan)
  • Lada kering (anggaran harga RM3)
  • 10kg ikan rebus (ikan selayang atau sardin)
  • 3 sudu kecil garam
  • 1kg lebih gula
  • Ajinomoto (agak-agak saja)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula kisar semua bahan dan tumis seperti biasa.

2. Apabila agak-agak sudah kering air, boleh masukkan garam, gula dan ajinomoto.

3. Selepas itu, kacau jangan berhenti.

4. Apabila sudah kering, perlahankan api dan terus kacau sampai kering (masa ni guna tenaga sedikit sebab semua bahan sudah sebati).

5. Setelah siap semuanya, tunggu sejuk dahulu sebelum kisar kering supaya halus dan cantik. Siap untuk digunakan!

Resepi Serunding Ikan sedap ini sesuai digunakan sebagai inti untuk karipap atau popia mini. Gabungan rasa manis ikan bersama karipap atau popia mini yang rangup cukup mengundang selera.

Selamat mencuba.

Sumber: Achik Ekin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending