Connect with us

Ap Resepi

Sarapan Pagi Roti Sardin Krupp Krapp Resepi Tepung Tak Minyak

Published

on

Dengan beberapa bahan yang mudah didapati, roti goreng ini garing di luar dan lembut di dalam. Rasa sardin yang sedap pasti akan membuat semua orang terliur!

Siapa masih ingat roti sardin goreng yang selalu dibeli dekat sekolah dulu? Jika rindu nak makan, jom kita cuba cara buat roti sardin goreng ini sendiri di rumah.

Resepi ini bukan sahaja mudah dan sedap, tetapi juga tidak menyerap minyak. Sesuai untuk hidangan snek atau sarapan pagi.

Siapa sangka, hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh membawa kembali nostalgia makanan sekolah ke meja makan anda. Jom kita cuba!

CARA BUAT ROTI SARDIN GULUNG RANGUP

Bahan untuk bancuhan salutan:

  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • Secubit garam
  • 2 titis pewarna kuning telur
  • Air (secukupnya, untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai)
  • 1 biji telur

Bahan inti sardin:

  • 4 biji bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 biji bawang India, dicincang halus
  • 3 biji cili kampung, dihiris
  • 1 tin sardin (goreng dahulu dan asingkan kuahnya)
  • Sedikit garam dan gula
  • Secukup rasa
  • Kicap (optional)

Cara-cara buat inti:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian goreng sardin terlebih dahulu. Setelah sardin masak, asingkan ikan dan simpan kuahnya.

2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang India dan cili kampung yang telah dihiris hingga wangi dan sedikit kekuningan.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, masukkan kuah sardin yang telah diasingkan tadi. Biarkan ia mendidih seketika dan sedikit mengering.

4. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air. Setelah itu, masukkan sardin yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Biarkan masak selama beberapa minit dan angkat.

Cara buat bancuhan salutan roti:

1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung jagung, butter (atau marjerin), garam dan pewarna kuning telur.

2. Masukkan telur dan sedikit air, kacau hingga adunan menjadi pekat tetapi boleh dicelup. Jangan terlalu cair.

3. Ambil sekeping roti, sapu dengan inti sardin yang telah disediakan dan gulung roti tersebut dengan kemas.

4. Belah roti yang telah digulung menjadi dua bahagian.

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Celupkan setiap bahagian roti yang telah digulung dan dibelah ke dalam bancuhan hingga rata.

7. Goreng roti yang telah dicelup tepung hingga keemasan dan rangup.

Angkat roti yang sudah digoreng dan toskan minyak. Hidangkan roti mini sardin yang rangup dan enak!

Selamat mencuba.

Sumber: Lynda Nora

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending