Connect with us

Resepi

Resepi Lempeng Roti Cicah Kari Ayam Sarapan Mudah Dan Sedap

Published

on

Lempeng adalah sejenis hidangan snek yang popular di kalangan orang Melayu dengan menggunakan tepung gandum dan air serta teksturnya lebih kurang sama seperti pancake.

Alangkah seronoknya jika dapat makan lempeng yang sedap. Biasanya dibuat dengan tepung, tapi kali ini kami nak ajar anda cara buat lempeng guna roti pula.

Kami baru saja menjumpai cara buat lempeng yang sangat menarik oleh Fizan Rahman di Facebook. Paling kreatif, dia menggunakan roti untuk membuatnya. Jom kita cuba!

CARA BUAT LEMPENG ROTI

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 sudu tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 cawan air

Cara-cara buat lempeng:

1. Mula-mula, potong roti dalam bentuk kecil-kecil supaya mudah dikisar nanti.

2. Kisar potongan roti bersama telur, tepung gandum, garam dan air sehingga sebati, kemudian pindahkan ke dalam bekas lain.

3. Selepas itu, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak (lebih bagus jika pakai kuali non-stick).

4. Kemudian, tuang 2 senduk adunan dan ratakan (jika suka bentuk kecil untuk anak-anak makan, tuang satu senduk saja).

5. Akhir sekali, masak sampai garing di kedua-dua belah bahagian dan angkat. Buat sampai adunan habis. Siap untuk dinikmati!

Setelah siap mencuba cara buat lempeng ini, bolehlah makan dengan cicahan sambal tumis, asam pedas atau kari. Apabila makan, rasa seperti lempeng yang asli.

Selain itu, anda boleh mengolah resipi lempeng ini dengan menambah potongan pisang atau kelapa parut ke dalam adunan sebelum mengisarnya dan rasanya akan menjadi manis.

Jika ada lebihan roti di rumah yang hampir luput, bolehlah guna resepi ini. Bukan setakat jimat masa, malah anda telah menghasilkan hidangan ringkas tapi sedap tak terkata.

Selamat mencuba.

Sumber: Fizan Rahman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Siap Tambah Nasi Resepi Ayam Masak Burma Kuah Padu

Published

on

Lebih kurang sama seperti masakan kari dan rendang, cuma resepi ayam masak burma hidangan lauk ini tak menggunakan santan untuk membuatnya.

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang ayam masak burma dan belum pernah membuatnya sebelum ini, kami nak kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah.

Seperti perkongsian ayam masak burma oleh Aziah Nima di Facebook, lauk ini sangat mudah dan ringkas serta sesuai dimakan dengan apa pun yang disukai.

RESEPI AYAM MASAK BURMA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (nak seekor pun terpulanglah, boleh tambah lagi bahan kisar)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4 atau 6)
  • 1 biji kentang
  • Garam atau gula secukup rasa (saya tak letak gula)
  • 1 ketul kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (pandailah agak-agak saja)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (jika taknak pedas, boleh kurangkan, saya tak kisar sebab anak tak makan pedas, jadi saya letak sebiji-sebiji jika nak pedas biasa saja)
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam ikut suka, basuh dan toskannya.

2. Kemudian, perap ayam dengan sos tiram dan serbuk kunyit selama 10 minit atau setengah jam.

3. Sementara itu, tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis sekejap.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan biarkan ayam sedikit kecut.

6. Selanjutnya, masukkan kentang dan air (agak-agak saja, jangan cair sangat).

7. Apabila kentang sudah empuk dan ayam agak-agak nak masak, masukkan tomato dan daun pudina.

8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula, kemudian renehkan kejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, Ayam Masak Burma juga merupakan salah satu lauk untuk dinikmati dengan pulut kuning. Jika makan dengan roti jala, lagilah bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Aziah Nima

Continue Reading
Advertisement

Trending