Sambal Putik Pauh Ni Memang Sedap, Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!
Sambal putik pauh antara sambal yang tidak asing bagi orang Kelantan. Namun bagi negeri lain mungkin ada yang belum pernah merasai sambal ini. Cara menyediakan sambal ini cukup ringkas dan mudah namun rasanya cukup sedap dan menaikkan selera makan.
Biasanya anda buat sambal biasa yang selalu dimakan, apa kata cuba buat sambal putik pauh ini. Pasti anda akan sukakannya.
Resepinya pun sangat mudah. Hanya perlu 4 bahan utama ini untuk menyediakannya. Mari ikuti perkongsian oleh Azizah Zainudin di bawah ini.
RESEPI SAMBAL PUTIK PAUH
ARTIKEL LAIN : Sedapnya Kerabu Pucuk Daun Kari, Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya!
Dua tiga hari lepas, saya berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Sempat juga belajar resepi masakan dari mak (mek) kawan saya.
Selama menetap di sana dahulu, belum pernah sekali pun saya merasai makanan ini. Apatah lagi untuk membuatnya.
Ketinggalan sungguh! Hahaha.
Tidak sangka rasanya sedap! Resepinya pun sangat mudah. Hanya perlu 4 bahan utama ini untuk menyediakannya.
BAHAN-BAHAN:
- 5 Biji Putik Pauh (Mangga Muda)
- 5 Ekor Ikan Selayang
- 20 Biji Cili Padi Merah Dan Hijau (Anggaran)
- Garam
CARA-CARA:
1. Putik pauh dibuang kulit dan dicincang halus.
2. Ikan selayang dibersih dan dibakar sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.
3. Ikan tersebut kemudian dibuang tulang dan diambil isinya.
4. Cili padi merah dan hijau ditumbuk lumat.
5. Kemudian diperisakan dengan garam.
6. Buah pauh yang telah dicincang, cili padi yang telah ditumbuk dan isi ikan disatukan di dalam mangkuk dan kemudian digaul rata.
Siap!
Isi ikan juga boleh ditumbuk bersama cili padi dan kemudian dimasukkan buah pauh.
Kalau hendak rasa pedas sangat hingga keluar air mata, boleh ditambah lagi cili padi hijau dan merah. Ikut tahap kepedasan masing-masing.
Begitu juga kalau ingin lebih masam, boleh dilebihkan lagi buah pauh.
Kata mek, sambal ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan sayur tumis air.
Memang betul!
Terasa pedas cili padi, masam buah pauh dan lemak isi ikan apabila ia bersatu dalam mulut.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto: Azizah Zainudin
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: