Connect with us

Tips Dan Petua

Rugi Kalau Tak Cuba! Ini Resepi Buko Pandan Popular Yang Sedap Dan Menyegarkan Tekak Anda.

Published

on

Rugi Kalau Tak Cuba! Ini Resepi Buko Pandan Popular Yang Sedap Dan Menyegarkan Tekak Anda.

Buko Pandan antara hidangan pencuci mulut dari Filipina ini semakin dikenali dan menjadi pilihan ramai. Antara bahan asas nya iaitu santan dan ia membuatkan hidangan bertambah lemak berkrim.

Dapat makan sejuk-sejuk memang sedap. Rugi betul kalau tak try.

Selain sedap Buko Pandan ini juga boleh tahan selama 3 hingga 4 hari dalam peti ais. Bila teringin, boleh terus cedok dalam mangkuk. Nak buatnya pula cukup mudah. Ikuti sahaja perkongsian resepi oleh Rara Zabidin ini.(Beli SINI buko pandan di Shopee)

RESEPI BUKO PANDAN

ARTIKEL LAIN : Peminat Sagu Gula Melaka Nak Dapat Efek 3 Layer, Macam Ni Caranya

Dah lama cikra nak buat dessert Buko Pandan yang famous dekat Filipino ni tapi disebabkan harini terperuk jer kat rumah, maka terhasil lah Delicious Buko Pandan.

Mari kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

BAHAN – UNTUK KUAH Resepi Buko Pandan

  • Susu sejat 1 tin
  • Susu pekat 1 tin
  • Santan kotak 1 kotak
  • Air kelapa muda 1 cawan *optional nak letak atau tak nak
  • Secubit garam halus

*Satukan semua ni, kacau rata.

BAHAN KERING

  • Agar-agar kering 1 paket
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan 1 simpul
  • Gula 2 sudu besar.

*Masak agar-agar dengan bahan-bahan di atas. Sejukkan dan potong ikut suka.

  • Isi kelapa muda (dalam 3 biji kelapa muda)
  • Sagu (masak sagu sehingga jernih, sejukkan)
  • Jagung kernel 1 tin (optional sebagai hiasan je. jangan guna jagung krim tau)
  • Cumi/Nata de coco (optional)

CARA PENYEDIAAN :

Satukan bahan kering dengan kuah. Simpan dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk memang sedap. Boleh ikut cara resepi buko pandan ini.

Siap! Enak dinikmati ketika cuaca panas.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Selamat mencuba! Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan Sangat Sedap Dan Menyegarkan

Sumber/Foto : Rara Zabidin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending