Connect with us

Ap Resepi

Resipi Tepung Pelita Pandan Lembut Gedik

Published

on

Alhamdulillah. Lemak-lemak manis, terasa pior pandannya, cantik kejadiannya, tepung pelita perisa pandan. Bukan tepung tako ye, nampak sama tapi bukan ye. Buat banyak sikit untuk bagi ke jiran-jiran.

Tepung pelita dimasak atas api dan dikacau sampai likat. Bahan asas tepung beras dan ditabur gula. Kebiasaannya acuan daun pisang digunakannya. Tepung tako pula kebiasaanya mengunakan tepung jagung dan dicampur dengan hirisan sengkuang cina. Acuan yang dipakai daun pandan. Cara penyediaanya sama saja, semua sedap.

Disini abam nak share resepi tepung pelita pandan. Resepi ni abang olah sikit mengikut tekakk abam nak makan.

Bahan Lapisan Hijau:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung beras (abam pakai cap bunga teratai)
  • 4 cawan air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

2. Masukkan bahan dalam acuan yang ditabur sedikit gula. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.

Bahan Lapisan Kepala Santan:

  • 5 sb tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula halus

Cara Membuat:

3. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam periuk dan tapiskan. Kemudian, kacau atas api sehingga likat.

4. Bila dah pekat atau ada buih besar meletup, boleh tuang atas lapisan hijau tadi. Tuang panas-panas. Dah siap.

Tips: Kacau berterusan. Jangan stop nanti berketul. Dalam 10-15 minit dah pekat dah. Total masa buat, lebih kurang 1/2 jam sahaja. Jom belajar buat sendiri, puashati makan.

Sumber: Che Azawimie Che Zahari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending