Connect with us

Resepi

Resipi Sup Bebola Tepung Penuh Rasa Nikmat

Published

on

Musim hujan ni kalau buat pelbagai jenis sup memang berselera sangat nak makan. Tambah pulak tetiba kena demam selsema. Sup juga yang kita cari untuk tekak sakit perit sebab asyik batuk-batuk je. Sedap yakmatt rasa chewy bebola ni. Orang chinese dan korea suka sup-sup camni. Hidangan ini lebih dari 5 orang makan. Nak buat lebih boleh gandakan resepi ye.

Bahan-Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 cawan air panas
  • 1 camb serbuk perasa cik suri
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 8 tangkai daun sup & daun bawang – hiris
  • 1 camb serbuk lada sulah
  • 1 camb garam

Bahan Tumisan Sup:

  • 2 biji bawang besar – blender
  • 1 inci halia – blender
  • 1 inci lengkuas- blender
  • 1 bunjut sup- blender
  • 1 camb rempah sup
  • 1 camb rempah kurma
  • 1 camt serbuk jintan manis
  • 1 camt serbuk jintan putih
  • 1 camt serbuk ketumbar
  • 1 camb serbuk lada hitam – nak lebih pedas
  • 1 camb garam
  • 2 camb serbuk perasa cik suri
  • 1 kuib ikan bilis
  • 1@2 jug besar air masak
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 camb minyak bijan – pilihan kalau suka

Tambahan Isian Sup: Pilihan kalau suka isi sup banyak isi.

  • Ayam
  • Udang
  • Daging
  • Lobak Merah
  • Sawi pak choy
  • Kentang
  • Fishcake
  • Fishball

Cara Memasak:

1. Satukan semua bahan A dalam kuali atau periuk kecuali tepung ubi. Kemudian kacau sebati. Masak dengan api kecil sampai adunan jadi bergumpal. Alihkan dalam bekas lain.

2. Tambah tepung ubi dan gaul dengan tangan hingga adunan menjadi sebati. Sapu minyak pada tangan dan bulatkan seketul kecil-kecil supaya tidak melekat. Buat sehingga habis.

3. Panaskan air dalam periuk. Letak bebola tepung. Masak sehingga air menggelegak dan bila bebola timbul, tandanya dah masak.

4. Tumis bahan-bahan blender sehingga bau wangi. Tambah semua rempah-rempah. Gaul sebati dan sehingga pecah minyak. Baru masuk air. Perasakan dengan garam, serbuk cik suri, kuib ikan bilis, dan lada hitam. Gaul sebati hingga cukup masak.

5. Dah siap. Hidangkan dengan sambal kicap/sos cili thai/sos cili/sambal nyet pedas dll. Selamat mencuba gaiss.

Sumber: Zainor Shima Ihsan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Sambal Tumis Padu Sedap Hingga Tak Terkata

Published

on

Sambal Tumis Padu bak kata kawan-kawan opis suami, sedap sampai rasa tak boleh nak berhenti. Nak stop makan sayang sebab sedap, tak berhenti nanti terbongkang pula. Dan alhamdulillah permintaan order nasi lemak bersama sambal tumis ni pun alhamdulillah dan ramai yang lepas makan mesti puji sambal.

Saya belajar buat sambal tumis ni dengan mak mentua dan juga dari ayah saya sendiri yang memang hobinya suka memasak. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi feedback yang mengecewakan selama 9 tahun saya menjadi tukang buat sambal tumis ni.

Bahan-Bahan Blender:

  • Cili kering
  • Bawang merah besar 9 biji atau 11 biji (saya suka letak lebih sebab manis, dan favourite saya nombor ganjil. Jadi semua yang melibatkan nombor, saya memang akan pilih nombor ganjil)
  • Ikan bilis segenggam

Bahan Tambahan:

  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula kabung/nisan kerek
  • Gula putih
  • Kiub ikan bilis 1
  • Daun pandan

Cara Masak:

1. Panaskan minyak masak. Minyak biar lebih. Minyak dah betul-betul panas, baru tuang bahan tumisan. Dah nampak pecah minyak sambalnya, letak gula kabung atau nisan kerek, biasa saya letak sekeping.

2. Lepas tu, masukkan air asam jawa. Biasa saya guna asam jawa dalam bekas tu, yang tak yah bancuh tu, sebab tak ada biji jenama adabi. Letak garam secukup rasa. Dan rasa. Biasanya part ni, saya akan tambah gula pasir putih.

3. Tengok warna dia nanti akan tukar jadi merah pekat, sesedap mata memandang. Dan saya letak seketul kiub ikan bilis. Dan sehelai daun pandan simpul sebagai langkah akhir. Masak sambal biar lama, saya masak selalunya 3 jam atau lebih. Kalau banyak macam dalam gambar 4jam. Dah siap!.

Tips Buat Sambal:

1. Cili Kering; suka hati nak rupa mana cili kering tu. Sebab saya masih belum boleh kenal betul had mana pedas melenting, had mana yang lembut-lembut pedas. Dan nak banyak mana tu pun terpulang, biasa saya buat 7 genggam cili kering.

2. Cili ni saya rebus. Sebelum ni saya potong serong untuk buang biji cili. Tapi untuk kebiasaannya saya blender je lepas rendam tu, saya blender dengan minyak dan alhamdullillah biji cili tu hancur lebur.

3. Blender tu janganlah sampai sehalus-halusnya. Macam bubur bayi tu. Bak kata ayah, kurang umph. Blender dia nampak dah hancur dan masih nampak tekstur pun okay dah. TAPI KALAU JENIS BLEND SEKALI BIJI CILI, BLEND SAMPAI BIJI CILI LESAP YA.

4. Masak guna minyak yang agak banyak sebab nak bagi tahan lama. Saya memang buat macam ni, dan sambal tumis memang tahan lama, kalau buat untuk stok. Boleh simpan sejuk beku, tapi biasa saya simpan bawah je.

5. Dan kalau saya masak malam tu dah 2 jam, ni kalau tak larat nak tahan mata malam tu, esok pagi saya sambung masak lagi sejam ke 2 jam macam tu.

6. Tengok banyak mana sambal, kalau buat untuk sekali makan 1 family 5 orang. Waktu masak tu singkatkan lah. Tapi orang masak sambal tumis ni jarang yang masak time nak guna waktu tu je. Biasanya buat sambal tumis, mesti buat stok sekali. Sebab mudahkan kerja.

7. Sambal tumis ni, boleh makan gitu je. Boleh juga jadikan sambal nasi lemak, boleh tambah kentang + ikan bilis, boleh buat rencah nak goreng mee, mihun, nak buat masak merah ke. Dan macam-macak lagi boleh buat dengan sambal tumis ni.

Jadi mana nak cuba bolehlah cuba. Bahan pun tak guna banyak. Nak buat jualan pun tak ada masalah. Saya izinkan. Cuma doakan saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya. Aamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Sumber: Ayu Balqishah

Continue Reading
Advertisement

Trending