Connect with us

Ap Resepi

Resipi Sotong Sumbat Percik Padat Dengan Inti

Published

on

Makan apa hari ni? Jom buat sotong sumbat percik. Memang puas hati bila masak sendiri, sumbat inti banyak-banyak dalam sotong sampai buncit. Makan seekor pun dah boleh kenyang. Bahan utama 2 ekor sotong saiz besar, basuh dan toskan.

Bahan Untuk Sumbat:

  • 3 bj telur
  • Isi bahagian dada ayam dicincang (lagi banyak rasa telur sotong ori)
  • bwg putih cincang halus
  • Bwg merah dimayang
  • Sedikit lobak merah cincang halus
  • Maggi cukup Rasa
  • Sedikit garam

Cara Buat Inti:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam, lobak merah, Maggi cukup rasa dan garam. Gaul sebati hingga isi ayam empuk.

2. Pukul telur, tuang dalam bahan tumis tadi. Bahan akan jadi macam telur dadar dan kemudian hancurkan. Bila sejuk, sumbat dalam sotong kemudian masukkan kepala sotong sekali dan cucuk dengan lidi.

Bahan Kuah Percik:

  • 5 ulas Bawang putih
  • 10 biji Bawang merah
  • 1/2 inci Halia
  • 3 batang Serai
  • Cili kisar
  • Sedikit Serbuk kunyit
  • 1 ketul Gula kabung
  • Sedikit Garam
  • Santan kotak
  • Jintan manis

Cara Membuat:

1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis dan serai. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. Masukkan cili kisar. Masukkan serbuk kunyit, gula kabung dan garam. Kacau hingga naik minyak. Masukkan santan. Kacau hingga pecah minyak, tambah gula jika suka.

2. Bakar sotong dalam frying pan atau pemanggang ajaib. Akan keluar air sotong, terbalikkan sehingga air sotong hampir kering. Kelar sedikit sotong, sapu kuah percik pada sotong dan masak hingga kuah kering serta terbit minyak. Siap! Selamat mencuba!.

Sumber: Nur Masri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending