Connect with us

Resepi

Resipi Skewer Ayam Garlic Parmesan Sedap Dan Juicy

Published

on

Dinner hari tu aku buat ni “Garlic Parmesan Chicken Skewers” sharp 7 petang habis makan. Kita teruskan journey IF kita.Fuh kenyang betul makan sorang 8 cucuk. Tak makan nasi kita. Resepi ni aku ubah sikit. Ikut tekak aku. Boleh cari video kat TT kalau tidak terbayang di minda ye.

Mula-mula potong isi ayam kecil-kecil.

Step A: Perap isi ayam

1. Dalam mangkuk berisi isi ayam, buh 2 3 SB olive oil. 3SB serbuk cheese parmesan. 3 ulas bawang putih cincang, sedikit serbuk lada hitam dan sedikit serbuk paprika. Perap la setengah jam ke 1 jam. Letak tepi.

2. Dah siap perap, cucuk dengan lidi. Lidi. Susun atas tray oven.(Rujuk gambar dekat komen)

Step 2: Garlic butter untuk disapu atas ayam nanti.

1. Setengah buku butter separa lembut dan cair, kira senang nak kacaula.

2. Aku pakai unsalted so aku buh garam sikit.

3. Cincang parsley segar masuk dalam tu jugak. Takde yang segar, yang herb pun boleh.

4. Tak dilupakan minced garlic.

5. Gaul sebati dan letak tepi.

Step 3: Bakar skewers

1. Masa korang tengah buat garlic butter tu bakar je skewers tu. 220 darjah celcius selama 25 min. Ni oven aku lah.

2. Half way dalam 15 minit tu korang bukak oven, sapu garlic butter tu dekat ayam. Bakar sampai tempohnya ayam masak dan garing sikit. Nak tabur parmesan time ni pun boleh.

3. Dah masak sapu lagi garlic butter tu.

Siap. Makan pepanas. Memang layan.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Rempeyek Asli Jawa Warisan Keluarga

Published

on

Assalamualaikum, saya ingin sedekah kan resepi rempeyek asli Jawa warisan keluarga saya. Di sini ape yang saya nyatakan 100% tanpa sembunyi kan ape-ape bahan mahu pon tips, ikutlah sepenuhnya. In Shaa Allah anda akan dapat hasilnya yang amat memuaskan hati. Saya halal resepi ni dikongsi atau untuk dibuat niaga.

Bahan-Bahan:

  • 1 kampit/500gm tepung beras (cap teratai) – Bukak siap-siap tuang dalam periuk.

Bahan Kisar:

  • 1 kotak kecil santan kara + 3 kotak air biasa (guna kotak santan yang same)
  • 2 biji telur
  • 7 biji buah keras
  • 5 biji bawang putih
  • Suku sudu kapur sirih (bukan air ya, nak kan kapurnya)
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar Aji
  • Sejemput ikan bilis atau udang kering

Blend semua bahan sampai halus. Tips untuk dapat rempeyek yang cerah. Blend kering asing rempah dibawah.

Bahan Rempah:

  • 5 sudu besar ketumbar
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar jintan putih

Blend halus nak separuh kasar pon boleh.

Cara Membuat:

Tuang semua bahan blend dalam periuk tepung dan gaul rata hingga sebati. Siap.

Di sini saya nyatakan tips-tips berdasarkan pengalaman dan kesilapan-kesilapan yang saya belajar disepanjang saya buat rempeyek ini;

1. Untuk tau rempeyek kita dah masak sepenuhnya, bila kita sirai tepi kuali, jatuhkan dalam minyak terus terbalikkan permukaan kacang dalam minyak biarkan dalam 3 minit (api tak leh besar, masak rempeyek slow and steady je untuk hasil yang terbaik).

2. Lepas tu balik semula, nak tau peyek kita dah masak sepenuhnya, lihat belakang permukaan yang tak de kacang. Warna dia mesti sekata, kalau disekeliling kacang masih berwarna cerah maknanya belum masak lagi. Angkat gorengan bila semua warna sekata, nak tau kacang kita dah masak ke belum, pastikan dah tak de buih-buih.

3. Untuk tips guna kacang hijau, hanya rendam semalaman, esoknya tapis dan lalukan air, toskan dah boleh guna.

4. Untuk kacang dal, rendam semalaman esoknya bilas. Rebus dalam 20 minit, bilas dengan air hingga hilang panas dia toskan, ok dah boleh guna. Ok dh siap.

Sumber: Nita Maira

Continue Reading
Advertisement

Trending