Connect with us

Resepi

Resipi Nasi Kuning Dengan Daging Merah Terengganu

Published

on

Nasi legend orang Terengganu, Nasi Kuning. Biasa lauk dia Gulai Ikan Aya tapi kali ni abam lawankan dengan lauk legend juga, Daging Goreng Terengganu atau daging merah Terengganu. Makan dengan ayam goreng, acar nenas, sambal belacan dan papadom.

Bahan Nasi Kuning:

  • Beras Basmathi 1 kg (direndam 45 minit dan ditoskan)
  • Rempah 4 skwan
  • Bawang putih 3 ulas (dimayang)
  • Bawang merah 5 biji (dimayang nipis-nipis)
  • Halia 1 inci (dihiris nipis)
  • Daun pandan 4 helai
  • Kiub ayam 1 kiub
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit/pewarna
  • Air
  • Marjerin 1 sb
  • Minyak masak 2 sb
  • Kismis (optional)

Cara Membuatnya:

1. Masukkan minyak dan marjerin, panaskan. Bila dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau dan lepas tu masukkan air. Tunggu mendidih, masukkan kiub ayam, serbuk kunyit serta susu cair dan kacau.

2. Masukkan beras basmathi, kacau, masukkan garam dan kismis. Kacau rata dan masak nasi macam biasa. Bila nasi dah masak, kacau perlahan dan balik-balikkan nasi. Biar lagi 20 minit untuk nasi kering sepenuhnya. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

Bahan Daging Goreng/Merah Terenganu:

  • Daging 500g

Bahan Kisar Halus:

  • bwg merah 6 biji
  • bwg putih 4 ulas
  • halia 1 inci

Bahan Untuk Tumis:

  • bawang besar 1 biji – dimayang
  • bawang putih 3 ulas – dimayang
  • Lengkuas 1 inci (dihiris nipis)
  • Cili boh 3 sb
  • Air asam jawa
  • Garam gula secukup rasa
  • Perasa
  • Lada besar merah 2 biji
  • Cili padi hijau dan merah
  • bawang holland 1/2 biji utk hiasan
  • Sos cili Del monte 5sb + 2 sb sos cili

Cara Membuatnya:

1. Masukkan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis. Bila bahan tumis dah garing, masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan lengkuas serta bahan kisar halus dan tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan daging dan tutup dalam 25 minit, guna api yang kecil.

2. Bila daging hampir masak, masukkan air asam jawa, garam, gula dan masak lagi sampai daging masak. Masukkan sos tomato dan cili padi, bawang holland, cili besar dan perasa. Siap!

Sumber: Muliadi Ramli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kek Coklat Karamel Lembut Dan Moist

Published

on

Resepi yang mesti anda cuba, kek karamel coklat yang lembut dan moist. Gabungan kek coklat yang moist dengan puding berkaramel ni memang sangat enak.

Bahan Karamel:

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan Puding:

  • 4 biji telur gred A atau B
  • 1 tin (390 gm) susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/2 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak masak*

Bahan-bahan bertanda (*) di masak atas api hingga gula larut & berkilat.

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan tepung gandum**
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik**
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat**

Bahan-bahan bertanda (**) di ayak bersama)

Cara Membuat:

1. Karamel; Tabur gula di dalam loyang 9 inci (22cm). Cairkan hingga bertukar warna perang muda. Pastikan karamel di ratakan sekeliling loyang. Angkat, biarkan sejuk & keras.

2. Puding; Satukan semua bahan-bahan, iaitu telur, susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi karamel retak ye, tapi jangan risau, ia adalah perkara biasa.

3. Kukus puding di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 20 minit dengan api sederhana. Bila dicucuk dengan lidi ia tak melekat bermakna puding sudah masak. Angkat dan biarkan 10 minit.

4. Kek; Satukan semua bahan-bahan bertanda (*) iaitu serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak. Kacau sebati dulu baru, kemudian masak di atas api kecik hingga gula larut dan adunan berkilat. Angkat dan biarkan suam seketika.

5. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk hingga berbuih. Tuang adunan coklat yang telah dimasak tadi. Kacau sebati. Ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan. Kacau rata dengan whisk.

6. Sapu tepi loyang dengan marjerin. Kemudian tuang adunan kek perlahan-lahan ke atas puding. Kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan dulu selama 45 minit dengan api sederhana. Bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak.

7. Sejukkan kek 20 minit. Sisipkan tepi kek dengan pisau. Letak pinggan di atas kek dan terbalikkan perlahan-lahan. Potong kek dan hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah

Continue Reading
Advertisement

Trending