Connect with us

Resepi

Resipi Lasagna Daging Guna Roti Rasa Tetap Sedap

Published

on

Lasagna daging, meleleh-leleh cheese dia kalau buat sendiri. Resepi ni boleh adjust ikut tekak sendiri. Kalau tak nak guna kepingan lasagna, boleh gunakan roti. Rasanya tetap sama sedap.

Bahan Inti:

  • Daging kisar (1 paket 400g) guna brand Ramly)
  • Sos spageti (1 tin)
  • Sos cili – tambah sikit je sebab nak rasa pedas
  • Bawang holland (1 biji) – cincang
  • Bawang putih (5 ulas) – cincang
  • Serbuk lada itam
  • Garam

Cara Memasak:

1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air.

2. Masukkan sos spagethi, sos cili. Kacau. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Siap dan ketepikan.

Bahan Sos Putih:

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju

Cara Memasak:

1. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan. Masukkan susu dan cheese. Kacau sebati sehingga cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.

2. Sediakan lasagna atau roti Gardernia. Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang. Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.

3. Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih. Buat berlapis. Lapisan atas sekali biar sos putih. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.

4. Bakar pada suhu 150c selama 30-40 minit atau sampai bahagian atas keperangan. Siap untuk dimakan! Selamat mencuba uolls.

Sumber: Nur Hazlina Othman

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resipi Bancuhan Asas Agar-Agar Pelbagai Perisa

Published

on

Assalamualaikum dan hai. Sapa kat sini peminat agar-agar atau puding macam sis? Disebabkan sis minat sangat makan puding atau agar-agar, jadi banyak dah resepi yang sis try and error. Last-last sis pakai satu resepi ni je untuk semua jenis puding yang sis buat. Alhamdulillah semua menjadi elok, tak keras dan tak lembut sangat, manis dia pun just nice. Mehla try.

Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Biasa:

  • Sepeket serbuk agar-agar 10gram
  • 5 cawan air atau 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • Perisa atau pewarna kegemaran, contoh perisa sirap ros

Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Bersusu:

  • Sepeket serbuk agar-agar 10gram
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • Setengah cawan susu pekat
  • Setengah cawan gula
  • Perisa atau perasa kegemaran, contoh milo, laici

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau sampai agar-agar larut baru masukkan gula. Kacau lagi sampai gula larut dan masukkan susu cair serta susu pekat.

2. Kalau buat agar-agar biasa boleh masukkan terus perisa atau pewarna. Masak sampai larutan mendidih dan nampak berkilat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang atau acuan. Siap.

Tips:

  • Sis pakai serbuk agar-agar cap layang layang. Bagi sis brand ni yang paling best dan agar-agar dia pun berkilat cantik je kejadian dia.
  • Sebelum tuang agar-agar ke dalam loyang bilaskan dulu loyang dengan air bagi memudahkan agar-agar dikeluarkan selepas dipotong.
  • Selepas tuang agar-agar, biarkan paling kurang sejam dulu kat luar baru masukkan dalam peti ais. Biarkan dalam peti ais paling kurang sejam sebelum dikeluarkan dan barulah dipotong.

Sumber: Siti Husni

Continue Reading
Advertisement

Trending