Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kuih Vadai Sedap Guna Kacang Ulunthu Dhall

Published

on

Dulu first time buat vadai guna kacang ulunthu dal yang ada kulit. Jenuh nak buang kulitnya. Tapi gagal sebab salah resepi. So ni kali kedua buat selepas beberapa tahun baru menjadi yang amat. Memang favorite kuih vadai ni sebab isinya lembut dan berbau wangi rempah.

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn kacang ulunthu dhall
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji bwg besar
  • 4 tangkai daun kari
  • 3 camb jintan manis
  • 2 tangkai cili kering – pilihan
  • 1 camb lada hitam – pilihan
  • Cili padi – pilihan yang suka pedas berapi
  • 1 ikat kecil daun ketumbar
  • 8 camb air masak
  • 1 camb tepung beras
  • 1 camt soda bikarbonat
  • 2 camt garam

Bahan Untuk Membentuk Vadai:

  • Plastik
  • Getah
  • Scoop aiskrim
  • Air

(Dapat 20 ketul adunan)

Cara Memasak:

1. Kacang direndam selama 5 jam. Kemudian guna blender kering dan hand mixer, tambah sedikit demi sedikit air sampai halus. Adunan akan menjadi pekat dan kenyal.

2. Potong dadu bawang besar, cili hijau dan daun ketumbar. Masukkan daun kari, jintan manis, garam, soda bikarbonat, tepung beras, cili kering, cili padi, dan lada hitam ke dalam adunan. Gaul hingga sebati dan perap selama 15 atau 30 minit. Kalau nak goreng terus pun boleh tak perlu perap.

Cara Menggoreng:

3. Panaskan minyak dahulu. Basahkan tangan dengan air. Ambil adunan guna scoop ais krim. Letak atas plastik. Celup jari dalam air. Leperkan, kemudian guna jari telunjuk lubangkan ditengah.

4. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Adunan akan menjadi kembung dan gebu. Terbalikkan sebelah lagi hingga keemasan. Dah siap. Sedap dimakan ketika panas-panas terasa kerangupan. Selamat mencuba gais.

Sumber: Zainor Shima Ihsan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending