Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kuih Kaswi Pandan Lembut Dan Kenyal Confirm Jadi

Published

on

Masa kukus kuih ni, MasyaAllah Harum bau pandan. Bila makan pulak lembut tergedik-gedik je.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn tepung ubi
  • 1 cwn gula castor
  • 5 cwn air pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit garam
  • Kelapa parut + sedikit garam (kukus selama 10 minit)

Cara Membuat:

1. Panaskan air dalam kukusan. Kemudian dalam bekas lain, masak gula dan air pandan hingga gula hancur. Kemudian dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi, dan sedikit garam.

2. Bila air pandan tadi dah suam, masukkan ke dalam bekas tepung dan bancuh hingga sebati. Masukkan air kapur dan kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan kuih ke dalam loyang saiz 8 inci. Kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.

3. Setelah kuih dah masak, biarkan sejuk seketika dan boleh dipotong. Gaul kuih kaswi dengan kelapa parut yang telah dikukus sebentar tadi. Siap dan selamat makan.

Sumber: Cyda Nasir

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending