Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kuih Badak Berendam Sedap Dimakan Sejuk

Published

on

Lama tak buat ‘badak berendam’. Rasa lemak-lemak manis bersatu letop-letop dalam mulut. Eh! tang mana badaknya?

Bahan Inti Kelapa:

  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan gula merah cap Bintang
  • 2 sudu besar gula pasir

Satukan bahan di atas, kacau-kacau hingga larut dan tapis.

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1/2 sudu teh kicap karamel untuk cantikkan warna inti (tak de pun tak pe)

Cara Membuat Inti:

1. Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali. Bila mendidih, masukan kelapa parut, gula, dan garam. Kacau hingga agak kering, masukan tepung gandum.

2. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk. Dah sejuk, boleh bulat-bulatkan.

Bahan Adunan Hijau:

Didihkan air dalam periuk, sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau.

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar membukit tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)

Cara Membuat Adunan Hijau:

3. Satukan tepung dan pati pandan, gaul hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan. Bulat-bulatkan doh, masukan inti kelapa dan bulat-bulatkan.

4. Kemudian, masukan dalam air yang mendidih. Apabila dah timbul angkat dan toskan.

Bahan Kuah Putih:

  • 1 cawan santan pekat (saya guna 1 kotak kecil santan brand KARA)
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cubit gula
  • 3 sudu besar membukit tepung beras
  • 2 sudu besar membukit tepung gandum

Cara Membuat:

5. Satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. Guna api sederhana perlahan, masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.

6. Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam tipuware. Setiap 1 tipuware (kod bekas sQ250) masukan 1 1/2 senduk dan terus letak bebola hijau yang dah siap di toskan tadi.

Siap! Sedap dimakan ketika panas ataupun sejuk. Selamat mencuba.

Sumber: Mariana Zainal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending