Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kuetiau Sup Ayam Kuah Ala Bakso

Published

on

Kuetiau sup ayam makan sedap tambah waktu hujan sejuk ni. Ni resepi cik as sendiri dan untuk resepi kuah cik as dah edit kat bawah ok. Kalau pakai daging korang rebus daging dulu. Untuk resepi ni cik as guna ayam.

Bahan Kisar/Tumbuk:

  • 5 Biji bawang ros
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia Seinci

Bahan Lain:

  • Isi ayam/daging (ikut citarasa korang)
  • Masako 1 pkt kecik
  • 2 Batang Akar ketumbar
  • 2 biji Buah keras
  • 2 sudu Makan Rempah sup
  • Air secukupnya. (Untuk daging pakai air rebusan daging).
  • 4 Sekawan
  • Minyak masak
  • Cukup rasa

Bahan Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dulu. Minyak dah panas masukkan ayam dipotong kecik dan goreng sikit sampai keluar air ayam tu.

2. Masukkan 4 Sekawan, akar ketumbar dan bahan kisar tadi tumis sampai naik bau wangi. Masukkan Rempah sup 2 sudu besar dan Serbuk Masako 1 paket kecik. Goreng sikit bagi naik bau.

3. Masukkan air secukupnya. Nak kuah Banyak letak banyak. Kalau pakai daging, masukkan air rebusan daging je. Biarkan mendidih sekejap lepas tu masukkan perasa dan seimbangkan rasa.

4. Boleh taburkan hiasan daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan bawang goreng kat atas sup bila dah siap.

Sumber: Cik Puan Asrah Ali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending