Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kuah Rojak Mudah Pekat Elok

Published

on

Hari ni kerja nak mengunyah makanan aje. Tekak dah lama tak makan rojak tauhu. Harini kite buat, tapi tak cukup bahan rojaknya, takde kangkung. Kuah rojak dia kita buat sendiri. Boleh juga digunakan untuk rojak buah dan lain-lain, resepi za letak di bawah.

Bahan-Bahan:

  • Sos cili Enaq (kicap dan sos takde sukatan ye)
  • Kicap Manis Enaq (nk pakai brand lain pun takpe)
  • 4 senduk kecil cili kisar
  • 1 keping gula nise (dihancurkan)
  • 3 sdb gula pasir
  • 2 sdb tepung ubi
  • Kacang tanah tumbuk
  • Sedikit bijan
  • Sedikit belacan (tapi ni za tak letak sebab belacan dah habis)

+ Kalau suka pedas letak cili api pun boleh.

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kecuali tepung, kacang tumbuk, dan bijan. Masak sehingga kuah naik mendidih, sentiasa kacau dengan api perlahan.

2. Dalam 10 minit semua dah sebati, masukkan tepung ubi dan kacang tumbuk. Gaul sampai rata dan tak berketul, dalam 5 minit tutup api. Sejukkan sebentar dan tabur dengan bijan.

3. Boleh makan bersama buah-buahan atau sayur-sayur. Nak letak petis pun boleh. Kalau suka pedas, picitkan cili api gaul bersama kuah rojak. Ok siap!.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending