Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kek Keju Gedik Guna Slice Cheese

Published

on

Aktiviti malam tadi sebenarnya. Buat kek gedik ni, Si kakak kata dah lama ibu tak buat. Ni akak buat resepi yang mudah-mudah je. Guna slice cheese je. Kalau nak cuba boleh la buat. Kek keju Jepun atau Japanese cotton kek.

Bahan-Bahan:

  • 6 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih)
  • 6 keping keju cheddar cheesedale (carik-carikkan)
  • 100 g mentega
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 125 gula pasir
  • 300 ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:

1. Panaskan susu guna api perlahan, kemudian masukkan kepingan keju yang dicarik-carik. Setelah keju cair, masukkan butter. Setelah semua cair ketepikan, biar sejuk.

2. Campurkan putih telur dengan gula dan pukul hingga betul-betul gebu putih (meringue atau bertanduk), ketepikan. Pastikan bekas yang kita guna kering. Masa ni boleh panaskan oven.

3. Dalam bekas lain pula, satukan kuning telur dengan esen vanilla dan pukul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, gaulkan atau mix sekejap bagi sebati. Kemudian campurkan adunan dengan putih telur tadi. Gaul sebati.

4. Sediakan loyang saiz 9 yang sudah di alas dengan baking paper, tuang adunan ke dalam loyang. Letak loyang adunan ke atas loyang yang lebih besar, yang telah diisi dengan air.

5. Bakar dengan suhu 170c, api atas bawah selama 30 minit. Kemudian turunkan suhu 140c dan bakar lagi selam 40 minit atau hingga masak. Dah masak, biarkan kek dalam loyang selama 2 minit baru keluarkan. Sekian selamat mencuba.

Sumber: Nor Misnor

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending