Connect with us

Resepi

Resipi Kek Chiffon Pandan Gebu Gebas Memang Sedap

Published

on

Bila tekak ni dah terasa nak makan kek chiffon pandan walaupun tak berape sihat tetap juga lah ke dapur untuk membaking. Kali ni mencuba resepi Ummi Safiya. Alhamdulillah menjadi. Keknya memang fluffy sangat2.

Bahan A:

  • 6 biji kuning telur gred A
  • 150 gm gula castor (x nak manis kurangkan kpd 120 gm)
  • 230 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 55 ml minyak jagung
  • 60 ml santan @ susu cair (akak guna santan kotak aje)
  • 8 helai daun pandan + air (diblend jadikan 150 ml air pati pandan)
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan B: (meringue)

  • 6 biji putih telur gred A
  • 130 gm gula castor (x nak manis kurangkan kepada 120 gm)

Cara Membuat:

1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu. Satukan minyak, santan, air pati pandan, pewarna hijau dikacau sebati dan ketepikan. Kuning telur dan gula diputar hingga putih dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi berselang seli dengan bancuhan air pati pandan sambil diputar hingga sebati dan ketepikan dahulu.

5. Buat meringue: Putar putih telur hingga berbuih baru masukkan gula castor dan putar hingga kental dan berwarna putih (bila terbalikkan adunan x jatuh). Masukkan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga habis dan sebati. Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 10 minit dan panaskan loyang.

8. Memandangkan x de loyang chiffon jadi akak guna loyang ukuran 7” x 7” sebanyak dua (2) biji. Loyang x perlu lapik dengan baking paper atau sapu butter. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180 degree secara water bath ( letak loyang kek dalam loyang yang ada air panas ) selama 45 – 50 minit / hingga masak. Selepas 30 minit pertama turunkan suhu kepada 160 degree pula. Suhu bergantung kepada oven masing2.

9. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 3 minit dengan pintu oven direnggangkan. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan loyang. Biarkan sekejap baru terbalikkan semula permukaan kek di atas.

Sumber: Fauziah Ali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending