Connect with us

Ap Resepi

Resipi Kek Butter Klasik Gebu Dan Lembut

Published

on

Menghabiskan lebihan butter dalam peti sejuk. Anak-anak komplen cakap mama buat kek orang je. Tak buat kek dorang. Baiklah. Jom kita buat kek.

Bahan-Bahan:

  • 250gram pure butter (Anchor/Golden Churn)
  • 200gram tepung naik sendiri
  • 5 biji telur (gred A atau B)
  • 1/2 cawan susu segar (bagi moist kek)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan susu pekat manis (melembutkan kek)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:

1. Mix butter, gula dan esen vanila hingga kembang atau putih. Masukkan telur satu persatu dan mix sebati. Masukkan tepung diselang selikan dengan susu segar dan susu pekat manis sambil mix.

2. Last sekali masukkan garam dan mix sekejap. Bakar dengan suhu 160/170c selama 1 jam atau hingga masak. Api atas bawah. Oven panaskan dulu ye selama 10 minit.

I pakai loyang 7 inci. Loyang 8 inci lebih sesuai. Selamat mencuba. Dah siap tu jangan lupa bancuh kopi sekali.

Sumber: Khairunnisa Mohammad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending