Connect with us

Resepi

Resipi Gulai Kerutuk Daging Kelantan Kuah Pekat Memikat

Published

on

Hari ni masak gulai kerutuk daging Kelantan. Aroma gulai daging kerutuk memang semerbak wangi baunya dan kuahnya yang pekat memang sedap.

Ok jom tengok resipi cikgu buat. Untuk sukatan 600g daging.

Bahan Kisar Lumat:

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 hirisan nipis serai
  • 1 keping nipis lengkuas
  • 1 1/2 keping halia
  • 1 sudu besar ketumbar yang disangai (kisar kering asing lagi baik)

Cara Memasak:

1. Panaskan sesenduk minyak. Tumis serai dan lima sekawan hingga naik bau dulu. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan ketumbar sangai. Tumis sehingga kekuningan. Seterusnya masukkan 7 sudu besar rempah kerutuk.

2. Guna api paling perlahan. Cikgu memang tak campur air lagi. Takkan hangit sebab cikgu jaga je kat situ sambil kacau-kacau sehingga terbit minyak. Cara ni sebab cikgu nak rempah bau lebih wangi.

3. Barulah masukkan secawan air + secubit asam jawa. Kacau sebati dan tutup dengan tudung periuk. Dalam 5-6 minit bahan jadi pecah minyak. Barulah masukkan perasa peringkat pertama;

  • nisse
  • garam
  • gula
  • perencah

Segala kuantiti ikut atas citarasa sendiri.

4. Cuci bersih daging selepas dihiris. Saiz lebar dan sedikit nipis. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati. Tutup semula tudung periuk. Reneh daging dalam api perlahan selama 1 jam 30 minit (bergantung kepada tahap keliatan daging).

5. Nanti selang 20 minit balik-balikkan. Masa ni juga tambah air kalau daging belum empuk. Garam gula pun boleh tambah jika kurang rasa. Dah lembut, baru boleh masukkan santan. Cikgu guna santan kotak je. Kalau asli lagi baiklah. Santan ni cikgu guna 90-95 ml. Tambah air kosong 3/4 gelas.

6. Masukkan perisa peringkat kedua. Yang ni atas citarasa sendiri nak tambah lagi ke tak. Yang penting kena ada lada solok dan kerisik 1 sudu besar. Renehkan lagi 20 minit dalam api perlahan. Siap. Aroma gulai daging kerutuk memang semerbak wangi baunya.

Sumber: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Kuih Ketayap Inti Kelapa Pandan Mudah Dan Sedap

Published

on

Kuih ketayap saya wajib berlubang-lubang jerawat camni, tak suka yang licin ploles tu. Tips nak berlubang-lubang, pan nak kena betul-betul panas sebelum tuang adunan. Bila adunan terkena pan yang panas, automatik ia akan jadi berlubang-lubang. Biasanya buat inti kelapa gula melaka, kali ni teringin nak makan inti kelapa pandan pulak, tetap sedap.

Bahan Kulit Ketayap:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air daun pandan (blend 6 helai daun pandan + air)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna hijau
  • Inti Kelapa
  • 1 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam halus
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Pewarna hijau

Cara Membuat:

1. Inti Kelapa Pandan; Di dalam kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau dan daun pandan. Kacau hingga gula larut dan mendidih. Masukkan kelapa, kacau hingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu.

2. Kulit Ketayap; Satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan dan pewarna hijau. Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati dan tapiskan. Nak blend pun boleh.

3. Panaskan non stick pan hingga betul-betul panas. Tuang satu senduk adunan dan lenggang nipis. Masak di atas api kecik hingga kering di atas permukaannya. Kulit ketayap akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul-betul panas.

4. Akhir sekali, angkat dan letakkan inti kelapa pandan yang dah siap tadi. Gulung dengan kemas dan siap sedia untuk dihidangkan sama ada untuk sarapan atau minum petang.

Sumber: T-hah T-hah

Continue Reading
Advertisement

Trending