Connect with us

Ap Resepi

Resipi Creampuff Sedap Dengan Cream Custard Creamy Homemade

Published

on

Hari ni nak share resipi creampuff sedap dengan cream custard creamy ni. ‎Saya buat jualan pon dengan resepi ni, customer suka. Lembut gebu dan berkrim, cair dalam mulut.

Bahan-Bahan Untuk Krim Kastard:

  • 1 1/4 cawan/313ml susu full cream
  • 2 biji kuning telur/1 biji telur
  • 1/4 cawan/55g gula
  • 1 sudu besar/8g tepung gandum
  • 3 sudu besar/24g tepung jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
  • 1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara Membuat:

1. Masak semua bahan kastard dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan dalam chiller.

2. Seterusnya, putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard yang telah disejukkan tadi. Mixer hingga sebati. Sedia untuk digunakan.

Bahan-Bahan Untuk Choux Pastry:

  • 1 cawan/250g air
  • 1/4 cawan/56g butter/marjerin
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar/12g gula
  • 1 cawan/125g tepung gandum
  • 3 hingga 4 biji telur saiz B

Nota: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara Membuat:

1. Didihkan air, marjerin atau butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh tau. Tutup api.

2. Biarkan adunan sampai sejuk atau suam-suam kuku. Masuk telur satu persatu, mix sebati. Kemudian, paipkan dalam tray. Bakar dengan suhu 200-220c selama 30 minit. Ikut oven masing-masing ye.

3. Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try and error oven masing-masing. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending