Connect with us

Ap Resepi

Resipi Ayam Masak Kicap Ala Jawa Manis Dan Berlemak

Published

on

Resipi Ayam Masak Kicap Ala Jawa Manis Dan Berlemak

First, mak aku yang belajar resepi ni dengan mak ngah aku, mertua mak ngah tu orang jawa, so kami tak pastilah originality resepi ni. Kalau salah jangan kita gaduh-gaduh, yang pasti sedap sesangat.

Anak-anak aku, kalau nampak je aku masak lauk ni, tutup je api, mereka dah mintak nak makan nasi. Rasa kicap manis dan berlemak. Ngan ngam soi. Lauk ni adalah lauk kenduri kiteorang untuk kanak-kanak, tak pernah lagi tak habis.

Tapi ikutla tekak korang tau. So hari ni aku nak share resepi cara kami.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci halia – dihiris/ketuk
  • 4 sekawan
  • 5 sdb santan
  • air asam jawa
  • kicap manis
  • gula dan garam

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji buah keras

Cara Memasak:

1. Aku kira ni setengah ekor ayam ye, lumur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak. Tak payah goreng garing-garing nanti ayamnya keras.

2. Ambil 4 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih, blend. Tumbuk bersama 1 biji buah keras. Ambil seinci halia, hiris. Nak ketuk pun boleh. Sediakan penumis 4 sekawan. Dengan minyak gorengan ayam yang sama, masukkan penumis 4 sekawan, hirisan halia dan bawang tadi. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan air asam jawa sikit. Aku ramas asam jawa dengan air baru masukkan dalam tumisan. Jadi dia akan berkuah sedikit. Setengah sudu asam jawa pun boleh. Masukkan ayam yang digoreng. Reneh sampai ayam tu masak. Tuang kicap manis, aku guna hanya cap kipas udang.

4. Renehkan tumisan sampai kuah agak pekat agak kita nak tu, masukkan santan, agak-agak je, dalam 5 sudu besar. Masukkan sedikit gula dan garam, pun agak-agak sebab kicap dah masin dan manis. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Syalfarina Razali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending