Connect with us

Resepi

Resepi Seri Muka Jagung Lembut Dan Creamy

Published

on

Teringin nak makan seri muka Jagung ni, first time buat dan makan. Resepi olah dan ejas sendiri je.. Alhamdulillah, pulutnya lembut dan jagungnya yang creamy. Terasa ketulan-ketulan jagung tu.

Lapisan Bawah:

  • 2 cawan beras pulut (basuh & rendam di dalam air selama 2 jam)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar minyak masak

Lapisan Atas:

  • 1 tin jagung manis krim
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 biji telur B
  • 2 cawan sederhana pekat
  • Pewarna kuning

Cara Membuatnya:

1. Lapisan Bawah; Kacau santan dengan garam dan minyak. Kacau hingga garam larut. Toskan pulut, masukkan ke dalam loyang saiz 9 1/2 inci yang di alas plastik.

2. Kemudian, tuang bancuhan santan tadi dan ratakan. Didihkan pengukus dengan air terlebih dahulu. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.

3. Lapisan Atas; Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung kastad, gula, telur, santan dan pewarna kuning. Kacau sebati dan gula larut. Tapiskan ke dalam periuk.

4. Campur jagung krim, bukan jagung kernel tau. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap saja. Rata dan tekan pulut. Selalunya saya gembur-gemburkan dulu baru tekan, tapi kali ni malas. Tuang adunan jagung hingga habis.

5. Kukus semula selama 30 minit di atas api yang sederhana. Balut penutup dengan kain supaya wap air tak jatuh atas permukaan seri muka.

6. Sejukkan kuih seri muka di dalam peti ais selama 3-4 jam baru potong dengan pisau plastik yang disapu minyak. Hidangkan suam-suam atau sejuk-sejuk dari peti ais.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending