Connect with us

Ap Resepi

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Memukau Selera

Published

on

Rasanya 7 tahun yang lepas saya pernah berkongsi resepi sambal hitam belimbing cara saya. Hari ni kebetulan saya buat lagi sambal ni. Saya kongsikan lagi sekali cara saya buat sambal belimbing yang sangat mudah. Belimbing buluh tak perlu direbus terlebih dahulu.

Bahan-Bahan:

  • 3 kg belimbing buluh
  • 1/2 kg ikan bilis
  • 1 kg bawang sederhana besar
  • 1/2 kg cili padi
  • 1 kg minyak masak
  • 2 ketul gula Melaka
  • 2 sudu gula pasir (tak nak letak pun ok)
  • Perencah pasti sedap/pati ayam (ikut suka nak letak)

Cara Membuat:

1. Cili padi, bawang dan ikan bilis dikisar dengan minyak (1 kg minyak). Belimbing buluh kisar tanpa air.

2. Panaskan kuali. Masukkan bahan-bahan kisar semua sekali, tak payah dah guna minyak, sebab bahan-bahan kisar tadi kita dah kisar dengan minyak. Masaklah dengan api perlahan supaya bahan-bahan yang kita kisar tadi masak dengan sekata dan tidak hangit.

3. Bila hampir kering, bolehlah kita perasakan dengan gula Melaka atau pasir, perencah pasti sedap atau kiub ayam dan garam jika kurang garam hasil dari kisaran ikan bilis.

4. Pastikan dia seimbang dengan rasa lemak-lemak manis, pedas masin dan masam. Guna api perlahan sehingga betul-betul kering. Bila dah sejuk boleh la kita serapkan lebihan minyak menggunakan tisu.

5. Selamat mencuba resepi yang ringkas dan mudah ni. Pesanan; Kuantiti ikut kita, kalau nak buat sikit kurangkan la bahan-bahan yang lain.

Sumber: Zaitun Abd Hamid

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending