Connect with us

Ap Resepi

Resepi Sambal Bilis Bunga Kantan Sedap Rasa Beraroma

Published

on

Mr. Husband kutip bunga kantan belakang rumah punyalah banyak, dalam freezer pun ade lagi. Geram tengok, kita try la sikit buat sambal bilis bunga kantan guna 3 kuntum. Orang kata sedap. MasyaAllah, memang sedap ui. Nak-nak makan sahur tadi dengan nasi panas baru masak. Tak nak lauk lain dah. Makan dengan bubur nasi pun sedap ni.

Siyes, ampa kena try buat. Ni sukatan saya buat malam tadi.

Bahan-Bahan:

  • 3 kuntum bunga kantan – hiris
  • 2 genggam ikan bilis – bilas, renjis cuka sikit, dan goreng. Cuka tu nak bagi ikan bilis kekal rangup.
  • 2 senduk kecil cili blend* – Naz guna cili kering yang kecik licin tu, pedas baru ummph!
  • 1 biji bawang besar – blend*
  • 5 ulas bawang putih – blend*
  • Gula kelapa dan sedikit garam
  • Minyak untuk menumis. Banyak pun boleh, namapun sambal kan?. Nak makan nanti pandai-pandai la sukat, kita bukan nak makan 1 kuali terus pun kan.

Cara Membuat:

1. Tumis bahan blend bertanda (*) sampai pecah minyak dan sambal bertukar jadi warna gelap. Boleh letak gula siap-siap.

2. Seterusnya, masukkan hirisan bunga kantan dan garam. Masak sampai agak-agak kering. Make sure dah sesedap rasa time ni.

3. Tutup api dan biarkan sejuk, baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sikit, done siap!.

Tip: Make sure sambal tadi sejuk betul-betul sebelum masukkan ikan bilis, supaya ikan bilis kekal rangup. Selamat mencuba! Save & share.

Sumber: Sharinaz Redwan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending