Connect with us

Ap Resepi

Resepi Roti Goreng Sambal Sardin Mudah Anak Pun Suka

Published

on

Pagi ni buat Roti Goreng Sambal Sardin lebih sikit sbb anak2 ada di rumah. Semalam buat sikit, hari ni buat banyak biar makan kenyang hingga ke tengah hari. Ni resepi dari saya ya.

Bahan-Bahan:

  • Roti gardenia secukupnya

Bahan Sambal Sardin:

  • 2 labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

(Bahan diatas di blend halus)

  • 1 tin ikan sardin-ambik isi ja ya lepas tu blendkan
  • 3 sb serbuk cili jenama baba’s
  • 2 sb sos cili
  • Sedikit air
  • Sedikit serbuk perasa, garam dan gula

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Tumiskan bahan blend hingga pecah minyak, baru masukkan serbuk cili.

2. Kacau sebati sehingga pecah minyak, kalau agak kering masukkan sedikit air ya dan kacau lagi.

3. Masukkan sos cili, kacau sebati barulah masukkan sardin (tak kisahlah jenama apa-apa pun boleh).

4. Kacau sebati, last masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Kacau sebati sehingga masak. Siap, sejukkan.

Bahan-Bahan Adunan Tepung:

  • 4 sb tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Bahan-bahan di atas dikacau sehingga sebati ya, adunan ni jangan pekat sangat buat cair sedikit. Ok siap, bolehlah buat macam biasa.

2. Cara saya ambik roti buh inti, ratakan (buat nipis ja jangan tebal na). Ambik lagi sekeping buh atasnya, tekup, dan tekan rata. Belah 4, cara ni buatlah sampai habis roti tu ya.

3. Panaskan minyak dalam kuali, celup roti dalam adunan tepung satu persatu. Biarkan masak sepenuhnya, angkat dan hidangkn. Siap.

Sumber: Norahalina Lina

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending