Connect with us

Resepi

Resepi Rendang Daging Cili Api Dengan Rasa Berempah

Published

on

Hari ni aku share resepi rendang cili api berempah arwah nenek. Sangat sedap. Family aku suka rendang basah. Kalau nak makan rendang arwah nenek, hanya mak aku aje yang akan buat setiap tahun sebab mak aku duduk dengan arwah nenek.

Inilah antara menu dimana arwah akan masak untuk waktu berbuka hari pertama puasa. Jom tengok

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging segar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 1/2 kotak kecil santan
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula melaka asli
  • Sedikit hirisan daun kunyit dan daun limau purut

Bahan Kisar/Blend:

  • 8 ulas bawang merah saiz sederhana
  • 5 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • seinci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 20 tangkai cili api

Cara Memasak:

1. Sediakan 1 kg daging. Daging segar lebih baik. Potongla ikut melawan urat, kalau tak pandai potongla ikut mana pun. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan blend. Tumis hingga hilang air dia.

2. Masukkan daging yang kita dah basuh. Tunggu sampai keluar air daging. Sementara tu masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih (Cara arwah nenek aku asalnya 3 rempah ni disagai dalam kuali dan di blend bersama bawang, cuma aku amik cara lebih mudah).

3. Air daging dah keluar, masukkan santan 1 kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi. Time ni perlahankan api, tutup kuali. Biarkan daging lembut dan rendang pekat. Aku reneh rendang ni 1 jam 30 minit. Jengah-jengah sekejap dan kacau ye.

4. Bila daging dah lembut, rendang dah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, masukkan 2 sudu besar kerisik dan 2 sudu besar gula melaka asli yang dihancurkan. Ni semua penyedap. Bubuh garam macam biasa dan tutup api.

5. Arwah suka rendang ada kuah-kuah sikit. Jadi begini sajalah. Rasanya sedap. Secukup rasa. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang memang ngam teruk. Selamat mencuba ye. Semoga mengalir pahala buat arwah nenek aku.

Sumber: Syalfarina Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending