Connect with us

Resepi

Resepi Puding Rose Susu Nampak Cantik Menawan

Published

on

Resepi Puding Rose Susu Nampak Cantik Menawan

Buat dessert untuk minum petang nanti, buat awai tak kalut. Resepi di bawah ni adalah olahan dari agar-agar atau puding yang pernah saya buat sebelum ni, harap membantu.

Bahan-Bahan:

  • 800ml air
  • 1 peket agar-agar serbuk 10g
  • 200ml susu cair
  • Sirap rose secukupnya (boleh + pewarna pink)
  • Gula secukupnya

Cara Membuat:

1. Sediakan periuk, masukkan air, agar-agar serbuk, dan susu cair. Kacau-kacau sehingga agar-agar tidak berketul. Masak atas api perlahan dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut, rasa manis ikut selera.

2. Setelah siap ambil sedikit dan asingkan agar-agar putih ni. Sediakan acuan-acuan yang comey. Basahkan dulu supaya senang nak keluarkan nanti. Tuang adunan putih ke dalam acuan, agak-agak 1/4 je. Jangan separuh ye nanti tak cantik.

3. Dah siap, sejukkan ke dalam peti sebentar sementara kita siapkan bahagian pink. Baki agar-agar tadi kita panaskan balik, api perlahan ye, masukkan sirap rose. Dah dapat warna yang cantik boleh tutup api.

4. Bila adunan yang putih tadi agak-agak dah keras sikit (jangan biarkan terlalu keras nanti susah nak lekat). Boleh tuangkan adunan yang pink tadi perlahan-lahan ye. Yang ni kena sabar, tuang sehingga penuh acuan.

5. Bila dah habis, boleh sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras. Siap.

Nota:

1. Nak keluarkan dari acuan kena slow-slow ye, sisip tepi-tepi guna jari. Bila dah agak renggang boleh la letakkan di atas pinggan.

2. Satu lagi tips, boleh guna lidi kecik (penyungkil gigi) letak kat tepi puding dan keluarkan slow-slow. Tapi tips ni susah sikit sebab puding akan pecah dan tak cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Syana Anuya Manmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending