Connect with us

Ap Resepi

Resepi Puding Mangga Pemanis Mulut Yang Sedap

Published

on

Nampak elok dan cantik kejadiannya, Puding Cermin Mangga. Pemanis mulut dan penyejuk tekak untuk petang ni. Guna pula isi buah mangga segar memang puas bila makan.

Lapisan Cermin Mangga:

  • 2 biji mangga susu
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • Lapisan Susu Mangga
  • 1 cawan air
  • 400 ml (200 ml x 2) kotak susu full krim
  • 1/2 cawan puri mangga – lebihan tepi mangga lapisan pertama
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula

Cara Membuatnya:

1. Lapisan Cermin Mangga; Potong nipis mangga seperti di dalam gambar. Kemudian, susun di dalam acuan menjadi bentuk bunga ros. Ketepikan dulu.

2. Di dalam periuk, satukan air, serbuk agar-agar dan gula. Kacau dan masak hingga mendidih. Tuang agar-agar hingga sama paras mangga saja. Sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit.

3. Lapisan Susu Mangga; Di dalam periuk, satukan air, susu, puri mangga, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata dulu baru buka api. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tapiskan dulu, tapi ambil jugak pati mangga dan campur balik ke dalam adunan agar-agar.

4. Tuang ke atas lapisan pertama tadi hingga penuh acuan. Sejukkan di dalam peti ais selama 2-3 jam atau hingga set. Guna pencungkil gigi untuk keluarkan puding dari acuan. Hidangkan sejuk-sejuk.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ap Resepi

Ralit Makan Sebalang Boleh Habis Resepi Popia Cheese Rangup

Published

on

Ada yang kata popia ini jika dibeli di luar, harganya boleh mencecah sehingga RM25. Jadi, apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Haslina Hamid di bawah.

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.

Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!

RESEPI POPIA CHEESE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 5 sudu besar serbuk keju
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)

Cara-cara:

1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.

2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.

3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.

4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.

5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.

Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Haslina Hamid

Continue Reading
Advertisement

Trending