Connect with us

Resepi

Resepi Puding Kastard Ikut Sukatan Cawan Pertama Kali Buat Pun Menjadi

Published

on

Puding Kastard merupakan sejenis puding yang dimakan bersama kuah kastard sebagai sos dengan rasa yang cukup berlemak manis dan memikat selera.

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap dimakan sejuk-sejuk seperti Puding Kastard sukatan cawan yang sangat mudah dibuat.

Sudah biasa disukat dengan gram, jadi kali ini kami nak kongsikan resepi Puding Kastard sukatan cawan oleh Cik Dayang Zuhaila di Facebook yang lebih mudah. Jom kita cuba!

RESEPI PUDING KASTARD SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan untuk puding:

  • 2½ cawan air
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 5 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair (ikut suka pakai cap apa)
  • Secubit garam (untuk bagi rasa lemak)

Bahan-bahan untuk sos kastard:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu besar gula
  • Secubit garam

Cara-cara membuat puding:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan untuk puding ke dalam kuali atau periuk dan kacau sebati terlebih dahulu.

2. Apabila sudah sebati, baru hidupkan api dapur yang sederhana saja dan pastikan jangan berhenti kacau.

3. Kemudian, teruskan kacau sehingga pekat dan mendidih.

4. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api, tapi pastikan wajib mendidih dan meletup-letup terlebih dahulu.

5. Seterusnya, masukkan dalam bekas yang disukai dan biarkan puding suam lebih kurang dalam 20 minit.

6. Akhir sekali, baru masukkan dalam peti ais. Siap!

Cara-cara membuat kuah kastard:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan untuk kuah kastard ke dalam periuk dan kacau sebati.

2. Setelah sebati, baru hidupkan api dapur. Kemudian, kacau sampai keluar wap dan mendidih tapi pastikan wajib mendidih untuk mengelakkan kuah kastard cepat basi.

3. Selepas itu, tutup api dan sejukkan dekat luar, kemudian baru masukkan dalam peti ais. Siap!

Setelah puding yang dibiarkan dalam peti ais tadi sudah keras, anda boleh hiaskan dengan buah yang disukai pada bahagian atasnya. Apabila nak makan, baru tuang kuah kastard tadi.

Puding Kastard sukatan cawan begini lebih mudah dibuat di rumah dan terasa nikmat tak terhingga apabila makan pencuci mulut ini sejuk-sejuk bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba.

Sumber: Cik Dayang Zuhaila

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Sedap Tak Terkata Boleh Buat Sendiri Resepi Maggi Celup Kelantan

Published

on

Selain mi segera, boleh juga guna bihun atau kuetiau. Dinikmati dengan sup panas serta pelbagai lauk memang sedap dan mengenyangkan. Maggi celup memang cukup terkenal di Kelantan. Kalau ke restoran Kelantan atau Thailand, mesti ada menu ini di kedai makan.

Lagi best kalau makan waktu cuaca sejuk. Memang puas! Nak cuba? Afy Al Habibi ada kongsi resipinya di bawah.

RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN

A. Resipi Sup

1. Penuhkan air dalam periuk dan masukkan:

  • Daging buku besar (jangan hiris)
  • Tulang
  • 1 sup bunjut
  • Akar ketumbar

2. Setelah daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. Perasakan dengan secubit dua garam sahaja. (Sup perlu tawar supaya boleh tambah bahan-bahan lain semasa makan.)

3. Keluarkan isi sup tadi dan tambahkan:

  • 1 sudu kicap lemak manis
  • 1 sudu kicap pekat Jalen
  • 1 sudu sos ikan (Kuantiti bergantung pada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.)

4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa.

5. Teruskan mendidih sup dengan api perlahan.

B. Aneka Lauk

Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya dan diletakkan dalam bekas. (Isi ayam digoreng seketika untuk rasa lebih sedap.)

C. Aneka Mi dan Sayur

1. Penyediaan nasi air:

Masak beras hingga menjadi bubur nasi.

2. Celur mi / bihun / kueytiaw / maggi dalam air mendidih.

3. Celur kangkung yang telah dipotong, diikuti taugeh.

Jangan celur terlalu lama untuk kekalkan kerangupan. (Rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau dan rangup.)

D. Aneka Rencah Perasa

  • Gula
  • Garam halus
  • Kacang tanah tumbuk
  • Air lada
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng dadu (beli siap)
  • Lobak jeruk asin
  • Cili siam jeruk
  • Sos ikan
  • Perencah maggi
  • Serbuk chili flakes
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)

E. Cara Hidangan

1. Masukkan mi/kuetiauyang telah dicelup.

2. Sendukkan kuah sup panas berasap.

3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.

Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi

Continue Reading
Advertisement

Trending