Connect with us

Resepi

Resepi Paru Goreng Berempah Memang Sedap Dengan Nasi Panas

Published

on

Siapa yang tak suka paru masak berkuah lembik-lembik, sebab ada bau paru, boleh try paru goreng berempah ni. Memang sedap dimakan begitu saja. Lepas goreng panas-panas, lagi sedap mengunyah atau dihidangkan dengan nasi.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg paru – direbus bersama sedikit garam dan potongan halia, toskan dan dihiris nipis-nipis
  • 1 biji bawang Holland potong bulat
  • 1 sudu besar serbuk Kari daging
  • 3 sudu besar tepung jagung/Bestari
  • minyak masak secukupnya
  • daun kari
  • garam cukup rasa

Bahan Tumbuk:

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar biji jintan manis

Bahan Kisar:

  • kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Membuat:

1. Gaulkan paru yang dihiris nipis dengan bahan kisar, bahan tumbuk, garam, cukup rasa, dan serbuk kari. Masukkan tepung, letakkan sedikit air dan gaul sebati. Tujuannya supaya rempaah melekat pada paru.

2. Seterusnya, perapkan semua bahan dalam setengah jam. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Jika tak suka garing, boleh juga goreng jangan sampai garing.

3. Masa separuh masak, masukkan bawang besar dan daun kari. Kacau hingga paru masak. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

Sumber: Nur Masri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending