Connect with us

Resepi

Resepi Orang Cina Cucur Nasi Sesuai Untuk Anak Yang Tak Makan Nasi

Published

on

Resepi cucur nasi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, iaitu Cik Puan Norzaiha Razali. Anda boleh menggantikannya dengan apa jua jenis sayur yang anda suka.

Jika anak-anak sukar makan nasi atau enggan makan sayur, cubalah memberi bagi Cucur Nasi Orang Cina ini. Anak-anak mesti tak perasan cucur ini ada nasi dan sayur di dalamnya.

Makan cucur nasi ini bersama sos juga amat sedap. Satu keping memang tak cukup!

RESEPI CUCUR NASI ORANG CINA

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 2 senduk nasi
  • 1 ½ sudu makan tepung gandum
  • Sesudu kecil garam
  • Carrot (dicincang)
  • Daun Lucia (dihiris halus)
  • Daun bawang (dihiris halus)

Cara membuat:

1. Cuci nasi dan masak seperti biasa. Setelah dimasak, biarkan sejuk sebentar.

2. Dalam sebuah mangkuk, patah-patahkan atau hancurkan nasi dengan garpu.

3. Tambahkan telur ke dalam mangkuk bersama nasi yang sudah hancur. Kacau rata.

4. Campurkan tepung gandum dan garam ke dalam adunan nasi dan telur. Pastikan adunan menjadi kental dan sebati.

5. Masukkan carrot, daun Lucia, dan daun bawang yang telah dicincang halus ke dalam adunan. Gaul rata.

6. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak sudah cukup panas, ambil sejumlah adunan dengan senduk dan masukkan ke dalam minyak panas.

7. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan. Angkat cucur nasi dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

8. Ulang semula sehingga semua adunan habis digoreng.

9. Sedia untuk dinikmati! Hidangkan cucur nasi bersama sos pilihan anda.

Selamat mencuba.

Sumber: Norzaiha Razali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending